
MODENAS CT115S JADI MILIK ZEK KING. PEMENANG UTAMA #OHMODENASKU SEMPENA 25 TAHUN MODENAS
Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) memilih Mohamad Zaki Mustafa Maarof sebagai pemenang utama pertandingan #OHMODENASKU yang membawa pulang sebuah motosikal CT115S bernilai RM4,988.
Pertandingan diadakan di laman Facebook MODENAS sempena ulang tahun ke-25 syarikat terbabit berlangsung selama lima minggu bermula pada 19 Oktober lalu.
Sebanyak 225 peserta menyertai pertandingan #OHMODENASKU. Mereka perlu menyertakan gambar menarik bersama jentera MODENAS bersama kapsyen paling kreatif untuk meraih undian orang ramai.

Mohamad Zaki atau lebih dikenali sebagai Zek King meraih sebanyak 1,742 daripada 2,201 undian melalui gambar bersama motosikal model GT128 di Litar Antarabangsa Sepang.
Pemuda berusia 21 tahun berasala dari Sepang, Selangor itu turut menyertakan kapsyen berbunyi “Sangat berpuas hati menggunakan jentera GT128 sbb stabil apabila memotong kenderaan lain dan di selekoh. Terbaik MODENAS”
Motosikal CT115S diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan dalam satu majlis ringkas di Putrajaya.

Roslan memberitahu pertandingan yang diadakan di laman Facebook tersebut merupakan salah satu inisiatif syarikat dalam menghargai para pelanggan sempena ulang tahun ke-25 MODENAS.
Dalam pada itu, Mohamad Zaki memberitahu, dia tidak menjangka akan memenangi pertandingan berkenaan kerana memasukinya agak lewat.
“Buat masa ini, saya akan menggunakan motosikal baharu ini untuk melakukan kerja runner secara sambilan.
“Saya sudah lama menggunakan jenama MODENAS malah GT128 diperturunkan kepada saya selepas ayah dan abang menggunakannya,” katanya.
- BACA: SKUTER ADVENTURE KYMCO DT360. MODENAS, TOLONG REBADGE MODEL NI BOLEH?
- BACA: MODENAS LANCAR ELEGAN 250 ABS. SPEEDOMETER DIGITAL, PORT USB, LAMPU LED, RM15,315 SAHAJA!
- BACA: MODENAS PULSAR RS200 & DOMINAR D400 TURUN HARGA. PULSAR RS200 KINI CUMA RM9,990 SAHAJA
- BACA: MODENAS NINJA 250 SE. SPORTBIKE PERTAMA MODENAS. ABS, ENJIN EURO4







