
F20 TIGERSHARK, PESAWAT MISTERI YANG HILANG ANTARA F18 SUPER HORNET DAN F22 RAPTOR
Kalau anda perasan susunan jet pejuang yang digunakan oleh USAF, anda akan perasan susunan jet pejuang yang digunakan adalah dalam susunan angka. Bagi jet pejuang moden, ia dimulakan dan dipopularkan dengan model F14 Tomcat (dalam filem Top Gun), F16 Viper, F18 Super Hornet dan F22 Raptor.
Eh mana F20? Sebenarnya ia adalah satu soalan yang telah lama bermain dalam kepala penulis. F20 sebenarnya wujud dan diberi nama jolokan F20 Tigershark. Model ini dibangunkan oleh Northrop selama 7 tahun bermula tahun 1975 namun pesawat ini tidak pernah dihasilkan secara besar-besaran dan digunakan oleh tentera
Ia hanya wujud dalam bentuk protaip, dihasilkan bagi memenuhi keperluan sebuah pesawat kos rendah, boleh diharap dalam semua keadaan dan bergerak pantas. Namun antara sebab kegagalan pesawat ini dihasilkan secara besar-besaran termasuklah keadaan politik semasa yang melibatkan rakyat yang mula terlibat dalam kempen anti perang, dan juga persaingan dari General Dynamics
Namun kisah tragis dalam pembangunan pesawat ini ialah kematian juruterbang ujian Darrel Cornell sewaktu melakukan penerbangan ujian demonstrasi pada thun 1984 dengan melibatkan tekanan G tinggi pada juruterbang. Darrel pengsan sewaktu ujian dan F20 Tigershark jatuh terhempas dan mengorbankan Darrel.
Antara objektif pembangunan F20 ialah lebih boleh diharap, peralatan servis yang ringkas dan hanya separuh juruteknik servis diperlukan. Dengan panjang sayap mencapai 28kaki, F20 dikategorikan sebagai light aircraft, pecutan untuk mendaki mencapai 53,000 kaki per minit dan landasan yang pendek untuk berlepas.
Malah F20 boleh mencapai 2 kali kelajuan bunyi sewaktu terbang dengan bantuan enjin GE F404 yang menjana 60% tujahan berbanding dengan enjin lama yang digunakan oleh F-5E Tiger II. Pada tahun 1975, perang dingin antara 2 blok komunis dan US merupakan pendorong utama kepada pembangunan F20, dengan sasaran adalah untuk dijual kepada Taiwan dan Korea Selatan serta pasaran antarabangsa bagi bersaing dengan Su-27 milik Russia
Tetapi sebaik sahaja Ronald Reagan menjadi presiden US, polisi mereka berubah dan perjanjian damai ditandatangani melalui U.S.-PRC Joint Communiqué 1982 yang menghalang US daripada menjual senjata kepada Taiwan. F20 merupakan projek yang dibiayai sendiri oleh Northrop menjadi satu projek yang gagal walaupun kos yang banyak telah dikeluarkan untuk pembangunan