
SUV KOMPAK SEBENARNYA JAUH LAGI BERBALOI
Sport Utility Vehicle ataupun singkatanya SUV adalah kenderaan pelbagai fungsi yang menjadi pilihan kepada generasi muda dan millennial pada hari ini.
Namun dengan keperluan masa kini, SUV dengan saiz kompak mula meraih populariti dalam mendepani cabaran hidup hari ini Sebagai contoh Honda WR-V datang dengan panjang mencapai 4060mm dan lebar sekitar 1780mm, tidak jauh berbeza dengan kereta kompak harian yang biasa.
Saiz yang kompak ini membolehkan Honda WR-V senang untuk menyelit dan mencelah di kesesakan trafik luarbiasa ibukota Tapi yang membezakan Honda WR-V dengan kereta kompak ataupun hatchback ialah ketinggian atau jarak kelegaan cesi dengan permukaan jalan yang mencecah sehingga 207mm.

Jarak kelegaan ini membolehkan Honda WR-V meredah banjir kilat kotaraya atau melalui jalan tak berturap di desa dengan mudah.
Malah ciri ini membolehkan pemandu untuk masuk dan keluar dari Honda WR-V dengan selesa serta mudah.
Saiz yang kompak juga membenarkan Honda WR-V memiliki radius pusingan pada 5.2m sahaja, memudahkan pemandu untuk meletakkan kenderaan di petak parkir sempit dengan senang.
Tambah menyenangkan apabila Honda WR-V turut dipasang dengan kamera undur multi sudut bagi membantu proses parkir.

Walaupun kelihatan kompak, Honda WR-V menawarkan ruang kargo sehingga 380 liter dan fleksibiliti ruang dengan keupayaan membesarkan ruang kargo apabila kusyen belakang dilipat.
Berbeza dengan SUV tradisional, SUV kompak seperti Honda WR-V dibina dengan menggunakan platform unibody yang lebih ringan dan lebih tegar yang menawarkan pemanduan bagaikan kereta di selekoh.
Cesi yang ringan seperti Honda WR-V membenarkan ia dikuasakan dengan enjin petrol yang cekap tenaga, iaitu enjin 1500cc 4 silinder DOHC i-VTEC yang menjana sehingga 121PS dan 145Nm tork.
Tapi pada masa yang sama enjin ini juga hanya menggunakan 6 liter petrol bagi setiap 100km perjalanan. Selain daripada memudahkan pemandu untuk keluar masuk, SUV kompak seperti Honda WR-V yang datang dengan posisi pemanduan yang tinggi menawarkan penglihatan yang lebih baik pada pemandu.

Kedudukan yang tinggi serta berat juga memainkan peranan dalam menawarkan perlindungan yang bagus bagi SUV Kompak. Sebagai contoh Honda WR-V mendapat pengiktirafan 5 bintang dalam ujian perlanggaran ASEAN NCAP.
Pengiktirafan ini diperkukuhkan lagi dengan penawaran pelbagai ciri keselamatan aktif yang ada pada Honda WR-V seperti Lane Departure Warning, Road Departure Mitigation, Lane Keep Assist System, Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Auto High Beam, Adaptive Cruise Control dan Lead Car Departure Notification System.
Maka tidak hairanlah dengan semua faktor di atas, ia menjadikan Honda WR-V salah satu SUV kompak pilihan pengguna.
Apatah lagi ia datang dengan rekaan luar yang sporti bergaya yang menarik perhatian golongan muda, seperti rim aloi 17-inci, lampu utama LED dengan lampu signal sequential dan juga lampu kabus, ciri Apple Car Play & Android Auto, balutan kulit untuk kusyen, dan juga sambungan pintar antara telefon dan Honda WR-V melalui sistem Honda CONNECT.

Jika berminat, jentera itu ditawarkan dalam empat varian iaitu1.5L S (RM 89,900), 1.5L E (RM 95,900), 1.5L V (RM 99,900), dan 1.5L RS (RM 107,900) menjadikan Honda WR-V antara SUV kompak premium terlaris di pasaran tempatan.
Untuk masa terhad, Honda Malaysia menawarkan rebat sehingga RM 8,000* bagi varian terpilih. *Tertakluk pada terma dan syarat.