Buletin

SUZUKI RAIDER R150Fi 2023 TIBA DENGAN DUA WARNA BAHARU, HARGA BERMULA RM8.8K

Suzuki Malaysia baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan Suzuki Raider R150Fi 2023 dengan kemas kini dua pilihan warna baharu iaitu Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey.

Kini, dengan tambahan dua pilihan warna yang memikat, Suzuki Malaysia berhasrat meningkatkan daya tarikan Raider R150Fi kepada tahap lebih tinggi, menarik minat mereka yang mencari kesempurnaan antara gaya, prestasi, serta ketahanan.

“Kami berbangga memperkenalkan Suzuki Raider R150Fi baharu ini ke pasaran. Ia kini hadir dengan warna menarik Bright Ivory/Titan Black dan Matte Bordeaux Red/Metallic Matte Fibroin Grey,” kata Ketua Jualan di Suzuki Malaysia, Encik Leong Kam Yew.

“Raider R150Fi senantiasa dikenali dengan prestasinya yang berkuasa dan tarikan bergaya. Kami percaya ia akan menonjolkan gaya hidup Raider dengan lebih hebat di kalangan pelanggan.”

Perincian serta spesifikasi lain untuk jentera ini bagaimanapun masih sama, dikuasakan oleh enjin satu silinder 147.3cc DOCH dengan penyejukan cecair, menghasilkan 18hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 8,500rpm.

Suzuki Raider R150Fi baharu kini boleh didapati di semua pengedar sah Suzuki Malaysia di seluruh negara.

Harga jualan untuk sebuah Raider R150Fi varian baharu ini ialah RM8,838.00 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans).

GALERI:

Google ads
Back to top button