
Motosikal
SUZUKI MALAYSIA BAGI BAYANGAN HARGA GSX-R 150. BERMULA RM11K
Suzuki Malaysia terus memberi teaser model terbaharu GSX-R 150 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di pasaran tempatan.
Melalui hantaran di laman Facebook, syarikat berkenaan memberi bayangan harga yang bakal ditawarkan jentera baharu itu.
Jentera GSX-R 150 yang mendapat jolokan The Road Conqueror itu bakal dijual pada harga bermula RM11,XXX.00.

Ia bakal memberi saingan kepada Yamaha YZF-R15 dan Honda CBR150R yang didatangkan pada tag harga hampir sama jentera baharu tersebut.
Bagaimanapun, para penggemar jentera jenama Suzuki perlu bertahan seketika sehingga hari pelancaran model baharu itu. – FB Suzuki Malaysia