HONDA CONNECT PADA MODEL CITY JADIKAN PEMANDUAN LEBIH SELAMAT
Selain diberikan perubahan dari segi rekaan luar yang lebih agresif, Honda City facelift 2023 juga turut diberikan ciri terbaru iaitu Honda Connect yang sebelum ini hanya ditawarkan pada model yang lebih mahal. Namun ciri ini hanya dikhaskan pada model RS petrol yang berharga RM 99,900 dan juga RS hybrid yang berharga RM 111,900.
Honda Connect merupakan satu langkah proaktif daripada Honda untuk menjadikan kenderaan semakin pintar, berupaya menyambungkan kenderaan dengan telefon pintar anda sekaligus meningkatkan tahap keselamatan kenderaan, pemandu dan memudahkan urusan seharian anda.
Dalam aspek keselamatan pengguna dan penumpang, Honda Connect mampu mengesan sekiranya Honda City terlibat dalam kemalangan, ciri ini akan terus menghubungi pihak berkuasa bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan kecemasan.
Bayangkan jika Honda City terbabas masuk ke dalam gaung dan pemandu tidak sedarkan diri, bantuan kecemasan akan dihantar dengan segera kepada pemandu. Honda Connect juga berupaya memaklumkan pada pemandu sekiranya kenderaan dipecah masuk oleh pencuri
Pemilik Honda City juga akan dimaklumkan sekiranya kenderaan mereka dipandu terlalu laju melebihi daripada kelajuan normal, sekiranya ia dipinjamkan kepada pihak kepada ahli keluarga terdekat.
Pada masa yang sama, pemilik boleh mengesan kedudukan Honda City secara “live” dan menetapkan perimeter operasi Honda City sekiranya ia digunakan sebagai kenderaan syarikat. Ini membolehkan pemilik mengesan sekiranya Honda City disalahgunakan untuk tujuan lain yang tidak digunakan.
Sistem Honda Connect juga datang dengan pelbagai ciri tambahan yang menyenangkan urusan pemilik Honda City seperti Car Status, Remote Vehicle Control dan Service Reminder.
Car Status akan menghantar amaran kepada telefon anda sekiranya sistem brek ABS, beg udara, sistem brek, enjin, alternator, Vehicle Stability Alert, Electric Power Steering, LKAS, ACC dan lain lain sistem yang penting mengalami masalah. Malah pemilik juga mengetahui status baki bahan api, tahap kuasa bateri dan status beg udara hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Pemilik Honda City juga boleh menghidupkan enjin, penyaman udara, mengunci pintu kenderaan, menghidupkan lampu serta Honda Connect akan menghantar peringatan kepada pemilik apabila sampai waktu untuk servis


