
SUZUKI SWIFT EDISI ISTIMEWA
Suzuki Swift Edisi Khas didedahkan pada Geneva Motor Show. Model berkenaan dipadankan dengan warna badan istimewa dan tambahan ciri.
Sayangnya, Suzuki Swift ini hanya dipasarkan di Switzerland sahaja. Mekanikalnya, masih sama. Dijana enjin 1.2 liter petrol yang menghasilkan kuasa 90PS.
Model edisi istimewa itu hadir dengan warna badan oren, rim aloi hitam 16-inci, lampu LED nyalaan siang dan lampu kabus.
Bahagian kabin pula menerima kerusi dengan ciri pemanas pada bahagian hadapan, cermin tingkap berkuasa elektrik di hadapan dan belakang, sambungan USB, sistem navigasi, stereng kemasan kulit dan pendingin hawa dilengkapi penapis debu.
Dari segi keselamatan pula, Swift dipasang dengan ABS, brake assist, ESP, traction control, tujuh beg udara dan immobiliser.