Buletin

HONDA PERTIMBANG HASILKAN NSX TYPE-R

Honda khabarnya kini sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan NSX Type-R. Saat ini Honda NSX masih belum tiba ke tangan pengguna, namun berita berkenaan bakal mengundang rasa teruja dalam kalangan peminat tegarnya.

2017 Acura NSX

Memetik laporan Autocar, bagi merealisasikan impian tersebut, Honda mengambil langkah radikal dengan mengurangkan aplikasi sistem hybrid pada NSX. Ini bagi mengurangkan berat jentera.

Jadi, versi Type-R mungkin kehilangan motor elektrik di hadapan dan baterinya.

006-honda-nsx-concept-gt-1

Tidak mustahil juga NSX Type-R bakal dilengkapi sistem pacuan belakang. Jumlah keseluruhan penggerak hibrid pada NSX ialah 150kg. Cukup signifikan untuk dikurangkan.

Bagaimanapun, Ketua Pembangunan Dinamik Honda, Nick Robinson mendedahkan bahawa Honda juga akan menggunakan material yang lebih ringan.

005-honda-nsx-concept-gt-1

NSX dilengkapi enjin 3.5 liter V6 twin-turbo yang mampu menghasilkan kuasa 500hp. Manakala motor elektriknya memberi tambahan kuasa 47hp. Kemungkinan Honda akan menambah ciri aerodinamik aktif kepada NSX Type-R.

Honda berhasrat menjadikan NSX sebagai pesaing baru untuk Porsche 911, Ferrari 458 Italia dan Audi R8 V10.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button