
SYERIF TEXAS PANTAU PEMANDU BERBAHAYA GUNA CHEVY CAMARO ‘HANTU’
Pada kebiasaannya, kita mudah mengesan jentera pihak polis apabila dilengkapi lencana, lampu siren dan warna livery pasukan beruniform terbabit.
Lain pula cerita di Amerika Syarikat (AS), pihak Syerif Daerah Harris didapati menggunakan jentera polis ‘hantu’ Chevrolet Camaro dalam memantau pesalah lalu lintas.
Kalau diperhatikan dari jarak jauh, ia tidak ubah seperti jentera Chevrolet Camaro standard yang dijual pada pasaran untuk khalayak umum.

Bagaimanapun, jangan terpedaya kerana secara terperinci jentera berwarna putih berkenaan dilengkapi perkataan Sherif dan nombor 911 pada bahagian pintu dengan sentuhan warna kelabu pudar untuk mengaburi pesalah lalu lintas.
Selain itu, ia hadir dengan lampu bar LED tersembunyi pada ruang kabin menyukarkan pengguna mengesan apabila ia tidak digunakan pihak berkuasa.
Menurut pihak Syerif Daerah Harris, “jentera-jentera itu akan membantu usaha berpanjangan pihak berkuasa membendung para pemandu berbahaya di lebuh raya memandangkan daerah ini memiliki jaringan jalan raya paling merbahaya di negara”. –carscoops
- BACA: PENAJAAN CHEVROLET BERSAMA MANCHESTER UNITED TAMAT PENGHUJUNG TAHUN INI
- BACA: CHEVROLET SPARK 2021 KERETA PALING MURAH DI AS. TAK BOLEH LAWAN AXIA
- BACA: HOLDEN RARE 1977 DIJUAL PADA HARGA RM1.2 JUTA. BOLEH BELI 5 CHEVROLET C8 CORVETTE!!!
- BACA: PELANGGAN SERBU BILIK PAMERAN CHEVROLET DI THAILAND. HARGA CAPTIVA RM66.5K SAHAJA