Artikel Pilihan

PEMANDU WANITA TERSELAMAT SELEPAS KERETA DIPANDU TERKENA LEMBING – LAIN MACAM INSIDEN LUAR NEGARA

Lain macam peristiwa yang boleh menimpa sewaktu memandu sekarang kan? Kalau setakta kena baling batu ataupun dibuli oleh pembuli jalan raya tu dah kira biasa sangat. Tapi kalau sampai direjam dengan lembing ini kali pertama kita dengar.

Kejadian berlaku sekitar jam 9.30 di Interstate 10 East, San Antonio, Texas. Wanita tersebut sedang memandu dan secara tiba-tiba sebatang lembing berwarna hitam masuk menembusi cermin hadapan sebelum terbenam di bahagian belakang roda stereng. Nasib baik ada roda stereng kalau tak… tak tahulah nak cakap apa.

Wanita yang dikenali sebagai Shavone Canales mujurnya tidak panik dan segera menghentikan kereta yang dipandu untuk melihat sendiri situasi yang berlaku. Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan Canales pelik memikirkan macam mana lembing tersebut boleh menembusi kereta beliau sampai terpacak pada belakang roda stereng.

Canales kemudian merakam video anggota polis mencabut lembing tersebut dari roda stereng dan didapati lembing tersebut hampir 5 kaki panjang.

Pihak berkuasa segera memeriksa CCTV di kawasan berhampiran untuk mengesan pelakunya tapi masih belum membuahkan hasil. Ye lah, dekat lebuh raya kan? Malam pula tu.

Kalau fikir balik kejadian ini boleh dikatakan sangat serius dan sukar untuk diatasi. Kalau ada dash cam pun rasanya tak sempat nak rakam kelajuan lembing tu. Rasanya perlahan sikit je dari peluru kot?

Okey nampaknya bertambah lagi satu perkara yang mesti diambil perhatian semasa memandu; lembing atau tombak dari hadapan. Mintak dijauhkan la kita semua dari mara bahaya.

Google ads
Back to top button