Buletin

CHEVROLET SPARK 2021 KERETA PALING MURAH DI AS. TAK BOLEH LAWAN AXIA

Model Chevrolet Spark 2021 menjadi kereta paling murah yang berada di pasaran Amerika Syarikat (AS) dengan ditawarkan pada harga bermula AS$13,400 (RM54,316).

Kereta terbaharu itu didatangkan dengan empat varian iaitu Spark LS, Spark 1LT, Spark Activ dan Spark 2LT.

Chevrolet Spark 2021 dilengkapi sistem infotainmen standard didatangkan skrin sentuh 7 inci, kamera mengundur, 10 beg udara keselamatan, Android Auto dan Apple CarPlay.

Selain itu, bahagian kargo pula mampu menampung sehingga 770 liter apabila melipat kerusi belakang.

Model Spark 1LT dilengkapi rim aloi 15 inci, alarm, stereng dengan pelbagai fungsi, sistem keyless, power window dan power lock.

Bagi varian Activ pula, ia lebih sporty malah didatangkan rim eksklusif, suspensi lebih tinggi, dan tempat duduk hadapan dibaluti kulit.

Model paling mahal, 2LT mendapat sentuhan tempat duduk kulit serta sistem pemanas di kerusi pemandu yang biasanya terdapat pada jentera mewah.

Selain itu, model tersebut turut mendapat  stereng kulit dipadankan warna perak dan sistem keyless.

Kenderaan empat penumpang itu mendapat khidmat enjin 1.4 liter DOHC yang mampu menjana kuasa 98 hp dan tork 127 Nm.

Ia dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan ataupun pilihan CVT.

Kalau ikutkan harga model ni, murah lagi beli Axia, iyee tak?

Google ads
Back to top button