Artikel Pilihan

PERONDA LEBUHRAYA HENTAM CAMARO SUSPEK DI ARKANSAS – BREK TAK MAKAN KE MACAM MANA NI?

Satu rakaman video dashcam dari kereta peronda Jabatan Polis Arkansas menunjukkan detik ia melanggar sebuah Chevrolet Camaro suspek secara berdepan. Suspek yang ketika itu bersedia untuk keluar nyaris kena gilis dengan kereta sendiri. Naya kalau kena macam ni weh.

Polis menyatakan yang suspek, Tyrese Lancaster, 19 tahun memandu Camaro terbabit dengan laju di atas lebuh raya I-530 sebelum dikejar peronda lebuh raya. Lancaster memecut sehingga 225 km/j untuk melepaskan diri.

Kejaran berakhir bila Lancaster gagal mengawal kereta di selekoh dan menghentam pagar penahan seblum keretanya berpusing sebanyak 180 darjah. Kereta peronda pertama berhenti di lorong kanan dengan Lancaster di lorong kiri. Ketika pegawai pertama cuba keluar untuk menahan Lancaster sebuah lagi kereta peronda tiba dan menghentam bahagian hadapan kereta suspek menyebabkan suspek tercampak. Syukurlah tak ada kecederaan serius.

Beberapa detik sebelum impak, Lancaster baharu sahaja cuba untuk keluar dan selepak kejadian jelas kaki beliau hampir digilis kereta sendiri. Video turut merakam suara anggota terbabit yang menyatakan cubaan beliau untuk berhenti sebanyak dua kali.

Paparan video tersebut turut menunjukkan mikrofon, brek, lampu amaran dan siren sedang aktif pada kereta peronda tersebut. Sewaktu impak memang kelihatan brek sedang aktif cuma tidak dapat dipastikan ketepatan sistem tersebut.

Malah kemungkinan besar juga brek sudah terlampau panas dan kurang mencengkam akibat kejar mengejar dengan kelajuan tinggi yang semestinya akan mengurangkan kemampuan brek.

Lancaster dikenakan beberapa pertuduhan antaranya memandu secara cuai, tidak memakai taki pinggang keledar, melanggar halaju, cubaan melarikan diri dan pemilikan alkohol individu bawah umur. Mak aih, kalau satu pertuduhan denda USD1000 pun dah berapa kena tu. Kalau kat sini macam mana eh?

Google ads
Back to top button