Artikel Pilihan

PELUMBA HARAM DITAHAN POLIS KEMUDIAN POLIS BERLUMBA DENGAN PELUMBA HARAM – MACAM MANA NI

Beberapa orang pelumba haram telah ditahan di Texas baru-baru ini tetapi diorang ni cool dan tidak berdendam dengan anggota polis yang menangkap mereka sebaliknya cuba mengekalkan hubungan positif. Mana taknya, boleh pula diorang ajak abang-bang polis tu berlumba sekali dengan diorang.

Kejadian bermula minggu lepas bila Texas menjadi tuan rumah kepada perlumbaan Texas 2K, satu perlumbaan drag yang diadakan di Houston Raceway. Biasalah selepas perlumbaan halal dah tentu ada acara sampingan selepas perlumbaan. Race haram la apa lagi. Salah seorang pelumba yang ditangkap ialah Randy Seals yang sempat memenangi tiga perlumbaan jalanan sebelum ditahan pak polisi.

Menurut Seals ramai peminat lumba kereta datang dan semestinya ia diikuti dengan perlumbaan jalanan selepas perlumbaan sebenar. Sempat juga la beliau menang tiga kali sebelum diberkas polis ketika nak naikkan kereta ke atas treler. Sepuluh kereta peronda sekali datang boh. Dahsyat juga heat level pakcik ni.

Rupanya pihak polis menggunakan dron dan dua anggota yang menyamar di kalangan penonton. Seals dan seorang lawan beliau dihumbankan ke lokap. Dah la masuk lokap, kena troll pula dengan kesatuan polis kat sana dengan ayat “Kami pun ada kereta, nak tak berlumba dengan kami sekali?”, sambung Seals.

Seals ni pula jenis sempoi dan meyahut cabaran dengan menganjurkan satu perlumbaan lasak ala rali dengan pemandu terbaik dalam jabatan polis Texas. Bukan sebab dendam tapi untuk berseronok dan menarik minat polis tentang dunia perlumbaan kereta.

Polis sana pun jenis sempoi jugak, terus cabaran itu disahut dan perlumbaan tersebut akan diadakan di 105 Speedway, Cleveland, Texas. Siap jual tiket lagi tu. USD15 untuk dewasa dan USD10 untuk kanak-kanak. Kalau dekat dah tentu kami pun nak pergi tengok.

Google ads
Back to top button