Buletin

HOLDEN RARE 1977 DIJUAL PADA HARGA RM1.2 JUTA. BOLEH BELI 5 CHEVROLET C8 CORVETTE!!!

Holden merupakan jenama yang istimewa bagi peminat-peminat kenderaan di negara Australia.

Dalam kalangan peminat kereta muscle negara terbabit, Holden LX Torana A9X tahun 1977 merupakan jentera legenda setanding model Dodge Charger mahupun Super Bee klasik.

Tidak hairanlah, jentera rare terbabit yang disenaraikan dalam Australian Muscle Car Sales dijual pada harga begitu tinggi, AS$299,842 (RM1.2 juta).

Kalau membuat perkiraan, ia bersamaan dengan lima buah Chevrolet C8 Corvette baharu. Sanggup tak nak beli?

Jentera dibangunkan menyertai perlumbaan sukan pemotoran seperti Bathurst 1000 dan Australian Touring Car Championship pernah dinobatkan sebagai juara dalam dua kejohanan berkenaan pada tahun 1978 dan 1979.

Holden LX Torana A9X yang memiliki perbatuan sejauh 29,752 km pada odometer dengan mengekalkan cat asalnya dimiliki pemilik selama 28 tahun.

Kereta edisi khas terbabit mendapat khidmat enjin 5.0 liter V8. Ia masih mengekalkan komponen kilang karburator Rochester, header, manifold dan radiator.

Bahagian kabin dalaman pula, keadaan konsol, papan pemuka dan karpet masih dalam keadaan baik. Torana ini dilengkapi rim asli A9X GMH Rally dibaluti tayar Goodyear.

Kalau hendak menyimpan khazanah rare perlu laa berbelanja lebih sikit kan. – carbuzz.

Google ads
Back to top button