Artikel Pilihan

TAHUN BARU, CARA BARU – GUNA BJAK.MY PERBAHARUI INSURANS KERETA, LEBIH CEPAT & MUDAH

Pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuk Malaysia telah menyumbang kepada kemelesetan ekonomi secara keseluruhannya. Ribuan rakyat hilang pekerjaan selepas pelbagai sektor diarah untuk memberhentikan operasi buat sementara waktu bagi mengekang penularan Covid-19.

Segala aktiviti harian seolah-olah tidak lagi normal seperti sebelumnya dan individu juga dilihat menggunakan pelbagai alternatif lain dalam menguruskan urusan penting masing-masing.

Bjak.my bantu pelanggan atasi kesukaran ketika PKP

Diasaskan pada tahun 2019, syarikat teknologi berstatus MSC Bjak memperkenalkan Bjak.my sebagai platform untuk lakukan perbandingan dan pembaharuan insurans kereta di Malaysia.

Dengan kewujudan platform yang telah mempunyai 3 juta pengguna berdaftar ini, Bjak.my secara tidak langsung berjaya membantu mengurangkan beban pemilik kenderaan terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nevin Sebastian, seorang rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura akibat pelaksanaan PKP sebelum ini berkata Bjak.my sangat membantu dirinya yang buntu untuk memikirkan jalan bagaimana untuk memperbaharui insurans kereta dan motornya ketika itu.

“Saya bersyukur tahu tentang Bjak! Saya bekerja di Singapura dan terpaksa duduk di sini disebabkan PKP. Masa ini pula 2 kenderaan saya dah tamat perlindungan insurans.

“Saya tidak tahu apa nak buat. Nasib baik kawan saya perkenalkan Bjak. Khidmat pelanggan memang bagus tolong dapatkan apa yang saya minta. Bagus daripada saya walk in ke cawangan syarikat insurans lain,” katanya.

Banding dengan 10 syarikat insurans untuk lihat pakej terbaik

Bezanya Bjak.my, ia menyediakan sistem perbandingan dengan lebih 10 syarikat insurans dan takaful dalam satu masa yang sama. Pengguna boleh melihat sendiri senarai sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans antaranya Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

Ini menjadikan Bjak.my sebagai pelopor kepada sistem perbandingan insurans bukan sahaja di Malaysia, malah juga di Asia Tenggara.

Seorang lagi pelanggan, Rohaini Idris berkata sistem unik yang disediakan oleh Bjak.my ini telah membantu dirinya untuk melihat dan memilih pakej insurans terbaik mengikut bajetnya ketika memperbaharui insurans kereta baru-baru ini.

“Saya sangat berpuas hati apabila menggunakan Bjak.my. Mana tidaknya, saya boleh lihat dan bandingkan sendiri pakej serta harga insurans yang disediakan dengan mudah. Ia sememangnya sangat membantu menjimatkan masa saya,” katanya.

Bjak bantu pengguna selesaikan urusan dengan cepat dan pantas

Rata-rata pengguna Bjak.my berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana ia sememangnya pantas dan urusan memperbaharui insurans mereka dapat diselesaikan dengan segera.

“Sangat disarankan! Dalam beberapa minit je dah dapat nota perlindungan dan kurang tiga hari dah dapat roadtax. Sangat mudah dan cepat,” kata pengguna Bjak.my, Faiz Infy.

Pengguna boleh mendapatkan senarai sebut harga daripada 10 syarikat insurans dan takaful dengan melayari website rasmi Bjak.my. Senarai sebut harga akan diberikan dalam masa 3 minit selepas maklumat diisi dan pengguna kemudiannya boleh membandingkan pakej insurans terbaik yang disediakan.

Selepas pembayaran dibuat, di Bjak.my pelanggan boleh mendapat perlindungan segera apabila polisi insurans akan diaktifkan dan dihantar melalui email dalam masa 5 minit.

Pengguna mampu jimat sehingga RM450

Selain menyediakan servis yang pantas, beban pengguna juga sedikit ringan apabila mereka boleh memperoleh penjimatan sebanyak RM50 sehingga RM450 dengan Bjak. Penjimatan ini bagaimanapun bergantung kepada jumlah perlindungan yang pengguna pilih melalui perbandingan harga yang dilakukan.

Aiman Naim, yang sebelum ini mengalami masalah kewangan selepas kehilangan kerja selama beberapa bulan bersyukur apabila platform ini telah membantu menyelesaikan masalahnya. Mana tidaknya, dia telah menjimatkan sehingga RM200 apabila memperbaharui insurans di platform ini.

“Nasib malang seolah-olah menimpa saya apabila roadtax dan insurans bagi kedua-dua kereta dan motor saya akan tamat pada bulan itu. Otak saya fikir mana saya nak dapat duit ni? Ada ke tempat yang saya boleh renew insurans dengan harga yang murah? Nasib bila saya scroll Facebook, tiba-tiba saya nampak iklan Bjak yang menawarkan harga lebih rendah,” katanya.

Jadi VIP Bjak dan terima perkhidmatan eksklusif

Pengguna juga berpeluang untuk menaik taraf menjadi VIP Bjak bagi mendapatkan perkhidmatan eksklusif.

Dengan menjadi VIP, pengguna bakal diberikan khidmat tunda tanpa had di seluruh negara, servis pertukaran tayar kecemasan, servis jumpstart dan pemeriksaan kereta secara tahunan. Hubungi sahaja Bjak.my untuk mendapatkan bantuan. Talian khidmat pelanggan buat ahli VIP Bjak beroperasi 24 jam.

Untuk menjadi VIP Bjak ini tidak sukar, pengguna hanya perlu menambahnya sebelum melakukan proses daftar keluar (check-out) ketika membeli insurans.

Justeru sebagai pemilik kenderaan, anda sememangnya disaran untuk menggunakan Bjak.my sebagai platform terbaru untuk memperbaharui insurans dan roadtax. Di Bjak.my, segala urusan anda akan jadi lebih mudah dan cepat, malah anda juga berpeluang untuk mendapatkan penjimatan berganda berbanding sebelum ini.

Tunggu apa lagi? Segera renew insurans kereta dan cukai jalan anda di Bjak.my hari ini dan layari Bjak.my untuk mendapatkan sebut harga secara percuma.

Google ads
Back to top button