Buletin

TAIWAN DENDA EVA AIR RM142K. PILOT PUNCA PENULARAN COVID-19

Kementerian Pengangkutan Taiwan mengenakan denda sebanyak AS$35,000 (RM142,117) ke atas EVA Airways Corp selepas kerajaan menyalahkan salah seorang juruterbang mereka sebagai penyebab mencetuskan kes jangkitan Covid-19 tempatan pertama dalam tempoh lapan bulan.

Langkah itu dibuat selepas Taiwan buat pertama kali sejak 12 April lalu mengesahkan kes jangkitan domestik membabitkan seorang wanita yang merupakan rakan kepada juruterbang warga New Zealand yang disahkan positif Covid-19.

EVA Air dikatakan telah memecat juruterbang terbabit yang kini dirawat di hospital.

Kes itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai selepas juruterbang itu tidak memaklumkan butiran tentang kesemua kontak dan lokasi yang dikunjunginya, malah dia juga dikatakan tidak memakai pelitup muka ketika berada di kokpit.

Menteri Pengangkutan, Lin Chia-lung dalam satu kenyataan mendakwa syarikat penerbangan itu juga tidak mengambil tindakan pencegahan sewajarnya seperti yang diambil Taiwan untuk membendung penularan wabak tersebut. – agensi

Google ads
Back to top button