Buletin

EBIT LEW SEWAKAN RUMAH UNTUK PENGAWAL KESELAMATAN DAN KELUARGA TINGGAL DALAM KERETA

Pendakwah terkenal, Ebit Lew yang tersentuh dengan keadaan seorang pengawal keselamatan, S Ganesh yang tinggal di dalam kereta bersama keluarga menyewa sebuah rumah selama sebulan untuk mereka.

Keluarga berkenaan terpaksa menetap di kereta apabila rumah mereka terbakar pada bulan April lalu.

Ganesh menjadikan kereta sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan bersama isteri serta tiga orang anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan.

Dalam hantaran FB Ebit Lew, dia memberitahu telah menyewakan sebuah rumah tiga bilik selama sebulan sementara keluarga berkenaan mendapat rumah PPRT.

“Dah dua kali mohon semenjak rumah terbakar. Tapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira.

“Saya hadiahkan peti sejuk, mesin basuh, televiseyn, periuk nasi, dapur ,kipas, satu katil Queen , dua katil Single, barang dapur dan duit belanja. Sayu masa nak belikan barang untuk mereka tadi.

“Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih. Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz. Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.

“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik Kuala Lumpur dah. Dah empat hari di luar,” katanya. – FB Ebit Lew

Google ads
Back to top button