Buletin

NAK ANGKUT ZINK ATAU KAMBING? GUNA HONDA JAZZ SUDAH…

Sedia maklum bahawa Honda Malaysia akan menggantikan model kompak Jazz dengan City hatchback tidak lama lagi. Sebelum itu, mari kita tengok kenapa Jazz menjadi antara model pilihan ramai.

Selain rangkaian kuasa menjimatkan bahan api, reka bentuk luaran dan dalaman yang menarik, Jazz sebenarnya terkenal dengan praktikalitinya.

Terima kasih kepada Ultra Seat yang membuatkan anda boleh memasukkan hampir apa sahaja ke dalam Jazz tanpa masalah.

Perkara itu dibuktikan daripada beberapa keping gambar yang tular baru-baru ini. Foto yang dikongsikan oleh laman Facebook Viral Media Johor itu menunjukkan dengan jelas fleksibiliti sebuah Jazz.

“Ramai tanya kenapa jual kereta besar pakai jazz? ni jawapan dia 🤣

credit: kawan kawan dalam group & kereta sendiri

nota tambahan: zaman ekonomi goyang ni, apa boleh jimat kita jimat. untuk saya yang anak 2 ni, kereta macam ni cukup selesa.

power ada, practicability ada. minyak pun jimat 😁

Kredit Afiq Mes Wandi – tulis status tersebut

Seperti yang anda boleh lihat, keluasan ruang dalaman dan tempat duduk yang boleh dilipat menerusi empat konfigurasi itu membolehkan pengguna mengangkut pelbagai barang ke dalam Jazz.

Selain barang-barang biasa seperti basikal riadah, produk jualan dan buku-buku, pemilik Jazz itu juga mengangkut motosikal, almari, peti sejuk, atap zink, malah seekor kambing!

Bagi mereka yang gemar berjalan, Jazz juga boleh menjadi sebuah camper van untuk berehat selepas penat berkelah.

Jazz generasi ketiga mula dipasarkan di Malaysia pada tahun 2014. Ia mendapat sambutan hangat daripada pengguna apabila lebih 100,000 unit sehingga sekarang. Angka itu membolehkannya menguasai pasaran sebanyak 62 peratus.

Jazz petrol dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear CVT  yang menjanjikan penjimatan serta kuasa.

Malaysia merupakan satu-satunya negara selepas Jepun yang menawarkan varian Jazz Hybrid dengan Sport Hybrid i-DCD. Jentera tersebut dilengkapi enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu bersama klac berkembar 7-kelajuan yang diintegrasikan bersama motor berkuasa tinggi. – FB Viral Media Johor

GALERI

Google ads
Back to top button