Buletin

KISAH SERAM TAHUN INI – LELAKI INI JUAL TESTIS KIRINYA UNTUK MILIKI NISSAN 370Z

Sejauhmana anda serius untuk miliki sebuah kereta idaman? letak pisau di leher ayah untuk sekeping geran tanah? atau jual buah pinggang di pasaran gelap untuk beli kereta ‘lejen’ Toyota Trueno AE86?

Itu belum cukup tragis. Ini kisah benar. Lelaki ini jual buah zakar kirinya untuk beli kereta idamannya – Nissan Fairlady 370Z

Menurut laporan dari laman web Nova.69, lelaki Australia, Mark Parisi mengambil keputusan menjual testikal kirinya untuk membeli kereta idaman beliau. 

Dalam satu temuramah dalam rancangan televisyen “The Doctors” Parisi memberitahu, “ia kereta yang bagus untuk pemandu yang bagus”

Beliau mengambil keputusan membuat pengorbanan gila tersebut setelah mengetahui ia boleh menjadi wang tunai pantas bernilai AUD35,000 (RM110,000) 

BACA: LELAKI INI PANDU 1.9 JUTA KM DAN TOYOTA HADIAHKAN KERETA BARU!

 

 

 

 

Google ads
Back to top button