Buletin

TURKI NAIKKAN CUKAI KENDERAAN SEHINGGA 220%, PALING TINGGI DI DUNIA

Turki dilapor telah menaikkan cukai ke atas kenderaan dengan enjin berkapasiti 1.6 liter daripada 60 hingga 80 peratus selepas dikri presiden diumumkan hujung minggu lalu. 

Sementara model kereta dengan enjin 2.0 liter menyaksikan kenaikan cukai daripada 100 kepada 130 peratus. Cukai kenderaan mewah pula naik kepada 220 peratus berbanding 160 peratus sebelum ini. Kenaikan cukai tersebut hanya dikenakan ke atas kereta import sahaja. 

Namun, ia tidak bermakna pengeluar tempatan tidak terkena tempiasnya. Ini kerana mereka juga bergantung kepada barangan import. Pengurus Besar firma rundingan automotif EBS Erol Sahin mengakui bahawa Turki menjadi antara negara yang mengenakan cukai kenderaan paling tinggi di dunia. 

Langkah itu merupakan sebahagian daripada kenaikan cukai yang telah dirancang Turki sejak bermulanya pandemik COVID-19. Ia berperanan untuk mengurangkan import dan menyokong industri tempatan.

Matawang Lira juga tidak menampakkan perkembangan positif apabila nilainya jatuh hampir 19 peratus pada tahun ini. 

Biarpun begitu, jualan kenderaan naik sebanyak 387.5 peratus berikutan tawaran kadar faedah lebih rendah dalam tempoh bermula Julai 2019 sehingga Julai 2020. 

Google ads
Back to top button