Artikel Pilihan

KERETA YANG DIREMPUH MOTOSIKAL SEMALAM RUPANYA WARGA SINGAPURA

Semalam, kami muatnaik satu video pendek yang dirakam oleh dashcam sebuah kereta lmemperlihatkan sebuah kereta lain dirempuh motosikal di laluan kanan.

Kejadian tersebut berlaku di lebuhraya Sg Besi berhampiran susur masuk ke Terowong SMART. Kereta sedan putih tersebut dipercayai menukar arah pada saat-saat akhir dari lorong tengah ke lorong paling kanan untuk masuk ke susur keluar ke terowong tersebut.

https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/videos/672712876465516/

Akibat menukar laluan secara mendadak, kereta tersebut dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal yang tidak sempat mengelak, menyebabkan penunggangnya melambung dan tercampak ke bahagian hadapan kereta.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.41 petang itu, kereta Toyota Camry dari negara jiran dipandu seorang jurutera berusia 36 tahun yang dalam perjalanan ke arah ibu negara itu tiba-tiba mengubah laluan dari lorong kiri ke kanan.

Pada masa sama, sebuah motosikal ditunggang seorang juruteknik dari arah belakang yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan merempuh belakang Toyota terbabit menyebabkan lelaki itu melambung dan jatuh di sisi kanan hadapan kereta berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh, berkata penunggang motosikal berusia 28 tahun itu bernasib baik kerana hanya mengalami patah tangan akibat kejadian itu.

“Lokasi kemalangan adalah laluan lurus dengan lima lorong dan kemalangan berlaku di lorong keempat iaitu laluan masuk ke Terowong SMART.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan dan dilanggar motosikal yang sedang bergerak terus di lorongnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BACA: LELAKI SINGAPURA TAK BAYAR SAMAN RM28K

Katanya lagi, buat masa ini penunggang motosikal terbabit yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), masih belum membuat laporan dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KREDIT: BERITA HARIAN

Google ads
Back to top button