
MOTOSIKAL ANEH. MOTO GUZZI V85 TT DILANCARKAN. RM79,888
Motosikal selalunya dibahagikan mengikut kelas, sportbike, supersport, naked, adventure, Dual purpose, klasik, cafe racer dan macam-macam lagi. Mungkin di zaman moden ini, tak banyak pengeluar yang cuba untuk menghasilkan segmentasi baru.

Ducati Diavel contohnya, motosikal pelik yang menggabungkan elemen cruiser dan sport. Tapi sebenarnya ada pengeluar yang masih berani menongkah arus membuat motosikal yang lain dari pasaran mainstream.
Memperkenalkan Moto Guzzi V85 TT. Dengan rekabentuk klasik-moden dan fungsi adventure kembara, ia mungkin tidak menarik minat anda yang sedang menunggang Yamaha R1 atau Kawasaki GTR.

Tapi ia mungkin menarik peminat GS1200, Triump Explorer atau KTM 1290GT. (agaknya lah)
V85 TT direka dengan menggabungkan elemen klasik dan moden dan disempurnakan dengan konsep Enduro. Ia baru dilancarkan sebentar tadi di Rimba Raid, Janda Baik, Pahang.

Kami berpeluang menunggang uji dalam laluan pendek kawasan off-road ringan dan impresi pertama ialah, ia memang sangat mudah dikendalikan. Walaupun seberat 220kg dengan petrol, ia tak rasa berat kerana bar hendal yang dekat dengan penunggang, jarak tetapan foorpeg yang selesa dan fork hadapan lebih pendek.

Pun begitu, kedudukan pelananya juga selesa dan suspensinya? AMAT SELESA.
Apa yang anda patut tahu tentag motosikal ini?
- Ia konsep pertama dalam keluarga PIaggio selepas Aprilia tidak lagi membuat Caponard. Tinggal Guzzi sahaja yang ada varian adventur V85TT
- Enjin 850cc menghasilkan 80 kuasa kuda dan 80Nm tork.
- Setangki penuh petrol cukup besar, 23 liter dan Moto Guzzi JAMIN ia boleh membawa anda pada jarak MNIIMUM 400 kilometer.
- Terdapat dua varian asas, yang dipasangkan dengan tayar offroad dan on road.
- Terdapat juga pilihan aksesori tambahan (bergantung pada package) seperti pannier, top box, ekzos, spotlight, tongkat tengah dan OHLINS.
- Meter LED penuh bersaiz 4.3 inci, ada cruise control.
- Lengkap dengan traction control dan ABS dan 3 mod pemanduan, ROAD, RAIN dan OFFROAD
- Harga bermula RM79K sahaja
GALERI