MCLAREN MUNGKIN TERPAKSA JUAL SAHAM DALAM PASUKAN F1 DEMI SURVIVAL SYARIKAT
Sebagaimana yang kita semua maklum, pasca Covid-19 merupakan saat yang sangat sukar dalam perniagaan dan McLaren merupakan salah satu syarikat kereta tersohor yang terjejas teruk akibat wabak pandemik tersebut. Pengeluar dari UK itu terpaksa menamatkan perkhidmatan 1,200 orang pekerja kontrak mereka baik daripada pasukan F1 mahupun bahagian pengeluaran kereta mereka.
McLaren turut membuat pinjaman untuk terus hidup dan menerima sebanyak USD184 juta dari National Bank of Bahrain. Ia mungkin mampu membantu syarikat untuk seketika tetapi Autocar melaporkan yang mereka memerlukan sejumlah besar lagi dana untuk kekal bersaing.
Buat masa ini perbincangan secara dalaman berkisar sama ada perlu atau tidak mereka melepaskan sebahagian pegangan dalam sektor Automotif dan Applied Technologies tapi sektor yang mungkin akan dibuka untuk jualan kemungkinan besar ialah sektor Perlumbaan. Ini termasuklah pasukan F1 McLaren yang baharu sahaja merangkul podium di GP Austria.
Jumlah hasil jualan masih belum dapat dipastikan tapi dua tahun lalu, seorang peniaga bernama Michael Latifi telah membeli 10 peratus pegangan dari tiga sektor McLaren dengan kos USD270 juta. Ini bermakna kemungkinan besar syarikat ini mempunyai nilai semasa melebihi USD2.7 billion.
Perubahan peraturan dalam F1 termasuklah had kos operasi mungkin membuatkan pasukan McLaren mempunyai potensi untuk menjana keuntungan yang lebih tinggi dari 2 tahun sebelumnya mungkin merupakan faktor penting untuk menarik perhatian bakal pelabur.
Sumber dalaman McLaren sendiri mengesahkan khabr angin ini dan menyatakan mereka sedang membuat pertimbangan untuk menambah jumlah pelabur dan sektor perlumbaan mereka. Kemungkinan besar juga sebahagian saham dan mungkin lebih McLaren Automotive akan turut dijual. Syarikat yang kini dalam proses menghasilkan McLaren 765LT untuk tahun 2021. Cuma perbincangan mengenainya masih belum muktamad.
Jualan McLaren mungkin sendu pada asa sekarang tetapi syarikat tersebut sangat menguntungkan sebelum berlakunya wabak pandemik Covid-19.
Bagi McLaren Applied, salah satu sektor perniagaan McLaren yang terlibat dalam teknologi seharian khususnya kesihatan dan pengangkutan awam, perbincangan melibatkan masa depan sektor ini mungkin lebi rumit.
Ini kerana mereka bergantung terus kepada teknologi yang disalurkan oleh sektor perlumbaan. Susah sikit untuk mereka menjual produk selepas ini tanpa sokongan McLaren Racing yang sebelum ini menjadi tulang belakang mereka.
Jadi kalau dah syarikat sebesar McLaren pun boleh terjejas, kita sendiri pun pandai-pandai la berjimat cermat dalam masa sukar ni. Iklim ekonomi kini memang sangat tidak menentu. Tiada jaminan yang keadaan ekonomi akan pulih dalam jangka masa yang singkat.