Motosikal

HLYM LANCAR YAMAHA R25 FACELIFT 2019. MAC BARU TAHU HARGA

Siang tadi berlangsung acara pelancaran Yamaha Tracer 900GT, bertempat di pusat di Pusat Pameran Antarabangsa Genting, Genting Highland, Pahang.

Di sebelah malamnya pula adalah acara makan malam tahunan sempena meraikan pengedar motosikal Yamaha oleh Hong Leong Yamaha Motor.

BACA: YAMAHA TRACER 900GT DILANCARKAN

Sempena majlis makan malam itu juga, HLYM mengambil kesempatan melancarkan satu lagi motosikal mereka untuk pembukaan 2019. Kali ini ialah Yamaha R25.

Tidak dinafikan, sejak Yamaha R125 V3 hadir ke pasaran dengan teknologi yang lebih maju, R25 kelihatan sudah ketinggalan zaman.

Mahu atau tidak, Yamaha ‘terpaksa’ menaik taraf model ini demi mengekalkan populariti dan saingannya dalam kelas yang sama dengan Honda CBR250RR, Suzuki GSX250R dan terbaru, Ninja 250R.

Walaupun sebilangan alatan baru yang dipasangkan pada model ini kelihatan merubah rupa bentuk model asal, namun dari segi teknikal, tiada perubahan pada enjin dua selinder tersebut.

Belum ada VVA, belum ada juga ciri-ciri seperti slipper clucth (juga masih tiada ABS).

Antara ciri yang membezakannya dengan model sebelum ini ialah ;

  • Lampu hadapan terpisah dengan fungsi LED
  • Suspensi hadapan jenis Upside Down (USD) yang diberi kemasan warna emas
  • Panel instrumen LCD multi-fungsi yang telah ditambah baik
  • Rekaan dan aerodinamik yang berinspirasikan kepada model YZR-M1
  • Perubahan bahagian belakang dengan menampilkan “ekor” lebih aerodinamik seperti ada lubang saluran udara.
  • Kelongsong udara di bahagian tengah antara lampu hadapan. Jika mengikut standard industri, ia adalah lubang kemasukan udara ke bahagian intake yang bertindak sebagai RAM AIR.
  • Bahagian kerangka nampaknya tak berubah secara signifikan dan kelihatan sisik di bahagian fairing kurang liang udara berbanding model semasa.
  • Lampu hazard
  • Suis penghidup jenis gelongsor.
  • Reka bentuk uis 3 dalam 1
  • Kemasan trim peredam bunyi

Tiada perubahan di bahagian enjin. Ia masih dikuasakan oleh enjin dua selinder selari DOHC yang menghasilkan 35 kuasa kuda pada 12,000rpm. Sementara tork juga kekal sama 22.6Nm pada 10,000rpm.

R25 “V2” ini didatangkan dengan pilihan warna iaitu merah matte dan biru metalik.

Malangnya, HLYM hanya akan mengumumkan harga R25 pada Mac depan apabila jentera itu mula memasuki pasaran. Jadi, harap bersabar dan mulakan kiraan duit anda sekarang.

GALERI

Google ads
Back to top button