Artikel Pilihan

TOYOTA PERKENAL KAEDAH PEMASANGAN YANG SAMA DIGUNAKAN OLEH TESLA

Toyota dilaporkan telah menunjukan barisan pemasangan prototaip bagi menghasilkan cesi baru kenderaan Toyota, satu proses yang digunakan oleh Tesla iaitu Gigacasting. Walaupun memberikan kelebihan pada pengeluar, proses Gigacasting ini ada beberapa kelemahan jika dibandingkan dengan proses yang biasa

Proses yang ditunjukkan oleh Toyota ini dilakukan di Kilang Toyota Myochi, di mana proses menunjukkan bagaimana bahagian belakang kenderaan dihasilkan. Proses casting secara satu komponen besar dicadangkan bagi menggantikan proses konvensional dimana komponen kenderaan dihasilkan daripada kepingan besi, dicantumkan dengan kimpalan atau perekat bagi membentuk platform kereta.

Sebagai contoh proses ini memerlukan 86 komponen, 33 langkah pembuatan dan masa yang lama berbanding dengan proses Gigacasting yang memerlukan masa hanya selama 3 minit sahaja. Toyota menjangkakan proses baru ini memudahkan proses pembuatan, mengurangkan kos dan masa

Apabila dilakukan secara besar-besaran, proses ini menghasilkan produktiviti 20% lebih tinggi dan memendekkan masa pembuatan dari 10jam. Toyota dijangka akan mengguna teknologi ini pada tahun 2026 bagi menghasilkan EV mereka dengan menggunakan platform TNGA

Teknik Gigacasting sebenarnya dipelopori oleh Tesla, namun Tesla berhadapan dengan masalah kualiti dengan beberapa pemilik Model Y melaporkan isu keretakan pada cesi kenderaan mereka. Namun berbeza dengan Tesla, Toyota lebih dikenali dengan aspek keselamatan.

Dalam aspek teknikal, proses casting sebenarnya mengurangkan kos dan berat, namun jika ada udara terperangkap dalam proses ia akan mengurangkan kekuatan struktur komponen. Tambahan pula pengguna pula risau berkaitan dengan isu pembaikan sekiranya kenderaan terlibat dalam kemalangan, keadaan ini menyebabkan cesi kenderaan perlu diganti sepenuhnya

Google ads
Back to top button