Buletin

OLIGARKI RUSIA KINI SUSAH NAK BELI FERRARI DAN LAMBORGHINI

Pengeluar kereta sports mewah, Ferrari dan Lamborghini dilapor mengambil pendekatan untuk menyukarkan golongan oligarki Rusia membeli kereta mereka. 

Inisiatif itu dilakukan dengan menggantung perniagaan di Rusia berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine. Ferrari juga menyumbang sebanyak 1 juta euro untuk membantu mangsa perang. 

“Berdasarkan kepada situsai semasa, Ferrari telah mengambil keputusan untuk menghentikan produksi untuk pasaran Rusia hingga diberitahu kelak. Kami akan terus memantau keadaan ini, selain sentiasa menghormati segala undang-undang dan sekatan,” katanya. 

Lamborghini turut mengeluarkan kenyataan hampir sama dan menyatakan takziah kepada mangsa. 

Kedua-dua syarikat itu dilihat mengikut langkah beberapa pengeluar kenderaan dan syarikat lain yang memberhentikan jualan atau menggantung operasi sepenuhnya di Rusia. 

Perkongsian pasaran Ferarri dan Lamborghini bukanlah besar, tetapi ia tetap dilihat sebagai langkah penting. Memandangkan ramai oligarki Rusia membeli dua jenama ini, maka pengumuman itu pasti akan memberi kesan. 

Google ads
Back to top button