Artikel Pilihan

INI PERATURAN YANG KENA IKUT JIKA ANDA BEKERJA DENGAN LAMBORGHINI ITALI

Sebut sahaja jenama Lamborghini rasanya semua orang sudah tahu betapa gahnya jenama supercar eksotik ini wujud secara khusu bagi mencabar hegemoni Ferrari. Mungkin anda memiliki impian untuk bekerja di kilang Lamborghini di Sant’ Agata semenjak kecil menyebabkan anda meneruskan mengambil kelas Fizik dan Matematik Tambahan ketika bersekolah

Semakan secara atas talian mendapati Automobili Lamborghini membayar gaji permulaan sekitar RM 228,000 setahun atau RM 19,000 sebulan bagi jawatan jurutera. Angka tersebut cukup lumayan jika dibandingkan dengan gaji permulaan jurutera di Malaysia.

Tapi tahukah anda bahawa sebagai pekerja Lambroghini anda tertakluk kepada beberapa peraturan seperti berikut:

1. Peraturan mesyuarat – jika anda dijemput menghadiri mesyurat, Lamborghini tidak menggalakkan anda membincangkan lokasi mesyuarat dan butiran lanjut mesyuarat dengan pekerja lain secara fizikal atau secara elektronik. Sebaiknya jika anda perlukan maklumat tambahan, boleh buat perbincangan dengan ketua anda

Ini bagi mengelakkan hackers atau perisik industri menyamar menjadi pekerja Lamborghini dan menghadiri mesyuarat bagi mendapatkan maklumat teknikal. Hmm, mungkin pernah terjadi rasanya.

2. Perturan sosial media – jika wujudnya sebarang pertelingkahan atau kesalahan maklumat teknikal di mana-mana laman sosial elektronik, pekerja Lamborghini tidak boleh masuk campur dalam perdebatan tersebut dan menerangkan perkara sebenar.

Mereka hanya boleh melaporkan perkara tersebut ke ibu pejabat bagi tujuan makluman dan tindakan lanjut. Kalau orang kata Bezza 1.0 G lagi laju dari Hurracan, hangin jugak kita kan.

3. Polisi tiada hadiah mahal – pesaing dan media akan cuba sedaya upaya mendapatkan maklumat terkini model terbaru Lamborghini. Jadi semua pekerja dilarang menerima hadiah mahal, makan malam mahal atau apa-apa hadiah daripada pihak luar

Ini bagi mengelakkan pekerja Lamborghini merasa terhutang budi dengan orang luar dan terlepas cakap berkenaan trade secret, rahsia, model terkini dan juga teknologi terbaru syarikat. Kalau Pizza Hut mungkin boleh kot.

4. Boleh bersembang dengan syarikat pesaing – ya Lamborghini membenarkan pekerja mereka untuk berbual dengan pesaing seperti Ferrari tapi mereka perlu memastikan perbualan tersebut adalah kasual dan bukan pasal kerja.

Sebagai contoh mereka boleh berbincang kenapa Itali kalah kepada Macedonia semasa kelayakan Piala Dunia. Atau mungkin kenapa orang Itali satu ketika dulu marah sangat bila nanas diletakkan atas pizza

5. Jangan buka email SPAM – seperti yang anda tahu setiap pekerja akan menerima email rasmi bagi urusan kerja terutama dengan syarikat pembekal. Tapi anda dilarang sama sekali membuka email yang disyaki sebagai SPAM atau email pemasaran kerana dikhuatiri mengandungi worms atau Trojan Horse yang akan menceroboh komputer server

Jika diceroboh, rahsia penting dan maklumat bernilai syarikat akan terdedah kepada pesaing dan juga hackers. Data dan maklumat ini mungkin akan dijual di pasaran termasuklah di pasaran NFT

Jika anda rasa anda boleh ikut semua peraturan ini, maka anda boleh la memohon kerja di Lamborghini. Jika anda ada banyak masa lagi, anda boleh muaturun dan baca Lamborghini Ethic Code sebanyak 23 muka surat. Mana la tau masa temuduga nanti dia tanya kan

Google ads
Back to top button