Buletin

TIPS KESELAMATAN PERJALANAN BALIK KAMPUNG- BOSCH

Kebenaran pergerakan rentas negeri membenarkan Keluarga Malaysia menikmati ‘semula’ kebebasan dalam melakukan pelbagai aktiviti.

Bahkan, kebanyakkan masyarakat negara ini tidak melepaskan peluang untuk mengubati kerinduan balik ke kampung halaman dan menjalankan aktiviti riadah serta percutian.

Bagaimanapun, sebelum mengembara terutama melibatkan perjalanan jauh, kita perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat.

Justeru, terdapat beberapa langkah pemeriksaan kenderaan yang boleh diambil apabila ingin melakukan perjalanan jauh:-

Udara

  • Sentiasa pastikan udara di dalam tayar kenderaan diperiksa terlebih dahulu.
  • Pastikan tayar berada dalam keadaan baik dengan memeriksa benang tayar dan jika mempunyai sebarang keraguan dapatkan khidmat nasihat mekanik untuk memeriksa tayar sebelum meneruskan perjalanan.

Bateri

  • Petunjuk jelas bahawa bateri perlu diganti adalah apabila bunyi starter anda perlahan.
  • Bosch mengesyorkan pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan bateri dari masa ke semasa dan menyimpan rekod penggantian bateri serta penyelenggaraan lain.
  • Kebanykkan bateri kenderaan memiliki jangka hayat 1.5 sehingga 3 tahun sahaja bergantung kepada jenis bateri digunakan pemilik kenderaan.
  • Sebagai alternatif, anda boleh melabur dalam peranti pengecasan seperti Bosch C7 Battery Charger untuk memastikan bateri dicas secara kekal pada tahap optimum.

Penapis Kabin

  • Penapis kabin yang bersih dapat membantu mencegah penyebaran virus.
  • Penapis kabin Aeristo Premium Bosch dilengkapi ciri anti bacteria dan anti virus yang dapat membantu mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemar, bakteria serta virus.
  • Justeru, pemilik kenderaan disyorkan untuk menukar penapis kabin setiap 15,000 km atau seperti diarahkan manual kenderaa anda.

Hujan Lebat

  • Pemanduan perjalanan jauh memerlukan tumpuan yang lebih tinggi terutama apabila bulan Disember berikutan hujan lebat.
  • Justeru, pemeriksaan wiper kenderaan sangat penting dalam mengharungi perjalanan jauh.
  • Pastikan wiper anda ditukar setiap enam bulan atau lebih kerap jika kenderaan diparkir kawasan tidak berbumbung.
  • Pihak Bosch mengsyorkan pelbagai wiper mesra bajet Bosch untuk semua cuaca.

Minyak Pelincir

  • Warna minyak pelincir akan memberi petunjuk sama ada ia perlu ditukar ataupun ditambah sahaja.
  • Dengan menggunakan dipstick minyak pelincir, periksa sama ada ia berwarna keperangan dan jika ia jatuh pada bawah garis penuh atau tinggi.
  • Jika minyak yang terdapat pada batang celup kelihatan, kemungkinan anda perlu menukar minyak pelincir dengan kadar segera untuk pemanduan lebih lancar.

Pemeriksaan Akhir

  • Pastikan memeriksa komponen lain seperti paras cecair dalam tangki penyejuk dan petak air pengelap.
  • Ia perlu menjadi amalan biasa untuk semua pemilik kenderaan.

Selepas penyelenggaran dilakukan, pemanduan berhemah perlu diterapkan dalam diri untuk memastikan perjalanan lebih selamat dan lancar.

Bahkan, para pemandu juga dinasihatkan agar mendapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan dan jika penat dan mengantuk boleh menukar pemandu dengan ahli keluarga ataupun sahabat anda.

Sentiasa mengikut garis panduan dan kapasiti kenderaan apabila melakukan perjalanan jauh dan merancang lebih awal perjalanan.

Untuk mengetahui lanjut mengenai perkhidmatan dan produk Bosch, boleh mengunjungi Bosch Car Service atau wakil-wakil pengedar Bosch (https://bit.ly/MYDealers).

Para pelanggan juga boleh melayari laman Facebook Bosch Autoparts di https://www.facebook.com/BoschAA.MY/.

Google ads
Back to top button