Buletin

KEPENTINGAN SENSOR O2 DALAM KENDERAAN -BOSCH AA

Pemanduan kenderaan lebih lancar apabila ia dapat ‘bernafas’dengan baik.

Bosch yang merupakan perintis dalam pembangunan alat kenderaan dikenali sebagai sensor Lambda mampu memberi kemudahan tersebut kepada pemilik-pemilik kenderaan.

Sejak 20 hingga 25 tahun lalu, sensor Lambda yang lebih dikenali umum sebagai sensor oksigen (O2) dilengkapi pada produksi kenderaan-kenderaan moden.

Sensor O2 direka untuk memantau aliran udara melalui sistem ekzos kereta.

Ia bertindak membaca kandungan oksigen di dalam sistem ekzos yang dihantar semula isyarat ke Unit Kawalan Enjin (ECU).

Isyarat tersebut amat penting dalam memastikan kenderaan menggunakan tahap oksigen pada tahap ditetapkan untuk membakar bahan api dengan efisien sekali gus pemanduan akan lebih lancar dan mengelak penggunaan petrol berlebihan.

Jika terdapat kerosakan pada sensor O2, ia merupakan langkah pertama mengurangkan prestasi kenderaan.

Bukan sahaja pembaziran petrol tetapi peningkatan emisi kenderaan yang menyebabkan lebih banyak pelepasan karbon dioksida (CO2) pada alam sekitar.

Bahkan, kebanyakkan pemandu tidak menyedari kewujudan sensor O2 berikutan ia merupakan alat kenderaan yang tersembunyi pada kenderaan,

Justeru, kesedaran berhubung kepentingan fungsi pada keselamatan dan memastikan kelancaran kenderaan agak terbatas.

Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) berkongsi tanda-tanda kerosakan pada sensor O2: –

  • Kenderaan kurang responsif atau berdepan pengalaman pecutan tanpa kuasa. Ia bermakna apabila menekan pedal minyak, pemandu meligat (revving) kenderaan tanpa ia memecut atau bergerak.
  • Kenderaan menghadapi masalah mengekalkan kelajuan.
  • Penggunaan petrol lebih tinggi disebabkan pembakaran petrol tidak sempurna ataupun tidak efisien.

Kerosakan pada sensor O2 boleh dikenalpasti melalui amaran pada simbol enjin di papan pemuka kenderaan.

Biarpun, ia kemungkinan tiada kaitan dengan sensor O2 tetapi ia masih memberi petanda terdapat masalah pada enjin kenderaan.

Ketika berdepan situasi tersebut, Bosch AA menyarankan pemandu melakukan pemeriksaan penyelenggaraan pada sensor O2 kerana kemungkinan ia perlu diganti baharu.

Senario terburuk, ia boleh mempercepatkan kerosakan pada pemangkin catalytic, bahagian penting dalam sistem ekzos kalau rosak perlu membayar dengan mahal.

Berikutan sensor O2 merupakan alat yang tahan lama, Bosch AA menyarankan agar ia diperiksa pada setiap 30,000 km.

Selain itu, Bosch AA turut menawarkan dua jenis sensor O2 iaitu siri Bosch Original yang ditawarkan untuk kenderaan khusus manakala Bosch Universal menyediakan pilihan universal untuk hampir semua jenis kenderaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sensor O2 Bosch boleh mengunjungi Bosch Car Service atau Bosch Preferred Workshops di https://bit.ly/MYDealers atau layari laman media social Facebook Bosch Autoparts https://www.facebook.com/BoschAA.MY/.

Google ads
Back to top button