Buletin

#CelebrateMerdekaWithBosch TAWAR PERKHIDMATAN, PEMERIKSAAN KERETA DI LUAR BANDAR

Sempena Hari Merdeka, Bosch Automotive Aftermarket (Bosch AA) mengumumkan inisiatif terbarunya iaitu #CelebrateMerdekawithBosch.

Menerusi #CelebrateMerdekawithBosch, Bosch AA menangani kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar dalam mengakses penyelenggaraan kenderaan secara berkala, termasuk mempromosikan ‘Kereta Selamat, Jalan Selamat’

Bosch AA menawarkan perkhidmatan penting antaranya penukaran pengelap cermin kererta, pemasangan penapis kabin, penukaran penapis minyak, perkhidmatan minyak enjin serta pemeriksaan bateri.

Selain itu, kempen ini turut menampilkan video sinematik, mempamerkan perpaduan dan semangat pasukan Bosch AA dalam membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan kenderaan di kawasan luar bandar.

Bukan itu sahaja, Bosch AA juga menawarkan GIVEAWAY Pengecas Bateri MERDEKA C7 sehingga 16 September 2023.

Peserta boleh berkongsi cara mereka mengambil berat terhadap orang lain dalam komen dan 10 pemenang bertuah berpeluang memenangi Bosch C7 Pengecas Bateri Kereta bernilai RM427 setiap satu selain barangan eksklusif Bosch.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen dan video, sila layari pautan ini https://www.facebook.com/BoschAA.MY/videos/294153133204660/?extid=CL-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&mibextid=HSR2mg

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan Bosch, sila lawati Perkhidmatan Kereta Bosch atau Bengkel Pilihan Bosch (https://bit.ly/MYDealers).

Google ads
Back to top button