Buletin

KILATKAN KERETA ANDA GUNA AUTOGLYM. PROMOSI ISTIMEWA DENGAN AUTO2U.MY

Kalau hendak membeli produk penjagaan kereta, kita mesti keliru untuk memilih kerana terdapat begitu banyak jenama di pasaran. Malah, produk-produk itu boleh memenuhi apa sahaja bajet anda, sama ada rendah, sederhana atau tinggi. 

Tetapi, persoalannya sekarang adakah produk tersebut diyakini bagus dan tidak merosakkan cat kenderaan anda?

Jangan bimbang kerana Mekanika akan memperkenalkan anda dengan satu jenama penjagaan kereta yang cukup terkenal, malah digunakan oleh keluarga diraja Britain sejak tahun 1980-an lagi untuk kereta rasmi mereka.

Terimalah Autoglym, jenama dari Britain yang telah dijual di lebih 45 buah negara di seluruh dunia. Berbeza dengan jenama lain, Autoglym menghasilkan produk mereka secara in-house dan bukannya di kilang-kilang di negara lain. 

Autoglym mempunyai pelbagai produk untuk keperluan mengilat dan menjaga kecantikan cat kenderaan anda. Namun, kali ini Mekanika hendak memperkenalkan beberapa produk penting yang patut ada di dalam garaj anda. 

PRODUK 1: BODYWORK SHAMPOO CONDITIONER 

Syampu cucian kereta ini cukup menjimatkan kerana anda hanya memerlukan dua penutup sahaja untuk satu baldi air. Cecair itu juga bersifat dua dalam satu iaitu gabungan syampu dan conditioner. 

Ia kurang buih dan mempunyai kesan tidak telap air yang membuatkan kereta senang dibilas serta cepat kering. Autoglym Bodywork Shampoo Conditioner ialah pH neutral yang tiada asid dan alkali. Maka, ia dapat menjaga kecantikan kereta anda. 

Lebih menarik lagi, kandungan aktif di dalam syampu ini mampu membersihkan kotoran. Tetapi tak menghilangkan polish atau wax sedia ada pada permukaan kenderaan. 

PRODUK 2: SUPER RESIN POLISH

Selepas anda membasuh kereta dengan Autoglym Bodywork Shampoo Conditioner, gunakan pula Super Resin Polish untuk menaikkan lagi kilat dan warna cat. Memang terkenal sejak dahulu lagi, produk ini sesuai digunakan ke atas apa jua jenis cat kenderaan. 

Cara menggunakannya juga mudah. Hanya letakkan Super Resin Polish di atas span, kemudian gosok dalam bentuk bulatan, serta sapu hingga semua permukaan ada lapisan nipis polish ini dan biarkan kering.

Selepas itu, lap sahaja dengan kain kering dan bersih. Anda boleh lihat bahawa Super Resin Polish boleh menghilangkan calar-calar halus dan menaikkan semula warna cat kereta atau motosikal anda. Gunakan beberapa bulan sekali untuk mengekalkan kilat.

PRODUK 3: RAPID CERAMIC SPRAY 

Hendak cara lebih mudah dan cepat untuk melindungi cat serta membuatkan penampilan kereta lebih menarik? Guna sahaja Rapid Ceramic Spray daripada Autoglym. 

Hanya perlu sembur ke permukaan kering atau basah, kemudian lap dengan kain microfiber. Di samping mengilatkan kereta, Rapid Ceramic Spray juga memberi perlindungan sehingga tiga bulan ke atas cat kereta anda. 

PRODUK-PRODUK LAIN AUTOGLYM

Selain tiga produk yang dinyatakan di atas, Autoglym mempunyai beberapa lagi produk yang berbaloi untuk dibeli. Antaranya ialah:

  1. Custom Wheel Cleaner 

– Berfungsi menghilangkan habuk brek dan boleh guna untuk semua jenis rim. Ia juga membuatkan urusan membersihkan rim lebih mudah dan cepat.

2. Air-Con Sanitiser 

– Memang sesuai digunakan ketika negara masih berdepan dengan ancaman penularan wabak COVID-19. Ini kerana Air-Con Sanitizer Autoglym mampu membunuh 99.99 peratus virus dan bakteria yang ada di dalam sistem pendingin hawa kenderaan. 

– Sangat mudah untuk digunakan, hanya perlu buka penutup dan biarkan 20 minit. Tin ini akan mengeluarkan semburan yang membunuh kuman serta meninggalkan bau citrus yang segar di dalam kabin.   

3.  Aksesori Autoglym 

– Anda boleh mendapatkan kain pengelap Hi-Tech Aqua Dry dan Hi-Tech Finishing Cloth yang membuatkan urusan membasuh kereta lebih mudah. 

– Perfect Polish Applicator pula ialah span untuk menggunakan produk polish dan sebagainya.   

PROMOSI 

Kini, anda boleh membeli semua produk Autoglym menerusi laman web auto2u.my dengan potongan 10 peratus. Anda hanya perlu masukkan promo kod MEKANIKA10 untuk mendapatkan potongan harga tersebut. 

Harus ingat bahawa tempoh kempen bermula 1 hingga 15 Disember 2021. 

Bukan itu sahaja, Autoglym juga ada menawarkan hadiah percuma seperti berikut:  

  1. Beli Rapid Ceramic Spray 500ml (RM128), percuma Bodywork Shampoo Conditioner (RM88.80)
  2. Beli Super Resin Polish 1L (RM153.80), percuma Bodywork Shampoo Conditioner (RM88.80)
  3. Tawaran add-on istimewa: Beli Autoglym Fogger atau Custom Wheel Cleaner 500ml dengan diskaun sehingga 50 peratus. 

Penghantaran adalah percuma, kecuali Aircon Sanitizer tak boleh dihantar ke Sabah dan Sarawak. Tunggu apa lagi? Beli lah sekarang!

GALERI

Google ads
Back to top button