Buletin

PERIKSA 6 PERKARA INI SEBELUM PULANG KE KAMPUNG – BOSCH

Musim perayaan adalah tempoh yang sangat sibuk apabila orang ramai melakukan perjalanan jauh untuk ulang ke kampung. Kemalangan jalan raya juga lebih berisiko pada musim ini disebabkan peningkatan trafik.

Bosch AA Automotive Aftermarket Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen ‘Drive for Life’ yang mencadangkan kereta dan jalan yang lebih selamat dengan menekankan pentingnya penjagaan dan penyelenggaraan kereta.

Pada musim perayaan ini, Bosch mengingatkan para pemandu untuk menyelenggarakan kereta mereka atau melakukan pemeriksaan kereta 6-poin yang mudah untuk perjalanan pulang kampung yang lebih selamat.

  • Periksa pelekat jadual servis kereta. Periksa tarikh.
  • Periksa tekanan tayar kereta, keadaan tayar dan jangan lupa mengepam tayar ganti.
  • Periksa paras minyak enjin
  • Periksa keadaan bateri
  • Periksa pengelap cermin (wiper)
  • Periksa semua lampu – utama, belakang, brek dan lampu isyarat

“Kereta yang diselenggara dengan baik mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dan membantu pemanduan yang selamat dan lancar.

“Pemeriksaan 6 mata ini mudah dilakukan dan boleh membantu meningkatkan kebolehpercayaan kereta terutamanya untuk perjalanan jarak jauh semasa musim perayaan, “kata Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Negeri Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

Untuk terus mempromosikan keselamatan kereta dan jalan raya, Bosch bekerjasama dengan Petron menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma pada keadaan bateri, minyak enjin dan paras cecair, tayar dan ketebalan pad brek pada hujung minggu lepas di stesen Petron terpilih di Lembah Klang.

Stesen-stesen yang terlibat adalah:

  • Petron Sg. Besi Southbound – 18 Mei
  • Petron MRR2 Safari – 19 Mei
  • Petron MRR2 Selayang 25 Mei
  • Petron KESAS Eastbound – 26 Mei

Di samping itu, di bulan Ramadan ini juga, Bosch menawarkan hadiah menarik dalam peraduan “Drive for Life”. Log masuk ke Bosch Autoparts Malaysia Facebook (http://www.facebook.com/BoschAA.MY).

Petronas MREC – Desktop
Tags
Google ads
Back to top button