
PERODUA NAIKKAN SASARAN PENGELUARAN, JUALAN TAHUN 2023
Perodua menaikkan sasaran pengeluarannya tahun ini kepada 338,000 unit dan menetapkan sasaran jualan lebih tinggi iaitu sebanyak 325,000 unit kenderaan menjelang akhir tahun ini.
Menurut Perodua, unjuran tersebut didorong oleh bekalan komponen yang bertambah baik daripada vendor automotif serta permintaan sihat bagi model keluarannya.
Pada Januari 2023, syarikat kereta kompak itu mengumumkan sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 unit dan sasaran jualan sebanyak 314,000 kenderaan berdasarkan momentum jualan yang diterima berhubung lanjutan penghantaran bagi kenderaan yang mendapat pengecualian cukai jualan pada tahun 2021 di samping permintaan yang baik terhadap model baharunya, Perodua Axia.

Untuk rekod, Perodua menghasilkan 22,974 unit kenderaan pada Oktober 2022 dan mendaftarkan 24,849 unit kereta dalam tempoh sama tahun lalu.
Bagi asas tahun ke tahun, Perodua mengeluarkan 280,452 unit dalam tempoh Januari hingga Oktober 2022, dengan kenaikan sebanyak 22 peratus berbanding 229,811 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
Bagi aspek jualan dari Januari hingga Oktober 2023, sebanyak 267,063 unit telah didaftarkan, dengan kenaikan sebanyak 20.2 peratus daripada 222,203 unit dalam tempoh sama tahun lalu.
“Jika momentum ini berterusan, industri automotif berpeluang untuk terus berkembang pada tahun 2024 dan ia akan membantu melonjakkan sentimen pengguna walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi tahun hadapan.
“Pada masa ini, fokus kami adalah untuk memaksimumkan potensi syarikat dalam aspek pengeluaran dan jualan bagi membolehkan para pelanggan kami menerima kenderaan Perodua dengan lebih pantas,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.
- BACA: PERODUA CATAT 233,227 PENDAFTARAN DALAM TEMPOH 9 BULAN, BEZZA PALING LARIS
- BACA: DAIHATSU CUORE DIUJI DI NURBURGRING, KEMBAR PERODUA KELISA NI
- BACA: PERODUA BEZZA FACELIFT TIBA SEAWAL 2025, BERDASARKAN PLATFORM DNGA
- BACA: KEMBAR PERODUA ATIVA DILENGKAPI KOMPONEN RADAR ADAS, DIJANGKA DILANCARKAN SUKU PERTAMA 2024