Artikel Pilihan

DAIHATSU CUORE DIUJI DI NURBURGRING, KEMBAR PERODUA KELISA NI

Kalau kami sebut Daihatsu L700, mungkin ramai yang tidak kenal dengan nombor kod yang digunakan oleh model ini. Tapi kalau kami sebut Daihatsu Coure ataupun lebih popular dengan nama Perodua Kelisa, mungkin akan ramai yang mengenali model kecil molek ini.

Bagi pasaran Jepun, Coure hanya dikuasakan dengan menggunakan enjin 660cc DOHC 3 silinder yang menjana sekitar 55 kuasa kuda. Bagi pasaran luar negara, model ini menggunakan enjin 1000cc 3 silinder yang berupaya menjana sehingga 64 kuasa kuda. Ketika dilancarkan pada tahun 2001, Perodua Kelisa boleh dikatakan sebagai agak berkuasa dengan saiznya dan juga berat yang ringan.

Tapi ini tidak bermakna anda tidak boleh berseronok dengan menggunakan kereta kompak ini di litar, termasuklah di litar terkenal Nurburgring. Salah seorang pemilik Daihatsu Coure telah membawa kenderaan ini untuk dicuba oleh Youtuber terkenal iaitu Misha Charoudin di litar ini baru-baru ini membuktikan anda masih berseronok di litar walaupun hanya dengan kereta murah.

Kereta ini adalah milik salah seorang peminat saluran Misha Charoudin, masih menggunakan enjin asal, dipasang dengan tayar bersaiz 15 inci, menggunakan tayar Toyo, kusyen racing bucket, serta mampu dipandu pada kelajuan maksimum 155km/jam. Kelajuan ini adalah mencukupi kerana untuk memandu di Nurburgring, kelajuan minima adalah sekitar 130km/jam.

Untuk rekod, Daihatsu Coure dalam video ini sudahpun berusia 22 tahun dengan jarak perbatuan menghampiri 90,000 batu (atau kilometer) serta masih menggunakan transmisi 5 kelajuan manual. Tapi sayangnya tiada catatan masa yang direkod semasa video ini dirakam

Semasa video ini direkod, Daihatsu Coure ini masih berupaya mencapai kelajuan tertinggi 155km/jam, masih lagi seronok dipandu di selekoh dan memotong kereta lain di selekoh waulaupun kalah di laluan lurus.

Google ads
Back to top button