KEMBAR PERODUA ATIVA DILENGKAPI KOMPONEN RADAR ADAS, DIJANGKA DILANCARKAN SUKU PERTAMA 2024
Perodua Ativa versi facelift dilaporkan akan menerima beberapa peningkatan dari segi sistem keselamatan setelah model Daihatsu Rocky dengan kemaskini ADAS dilihat berada di Malaysia.
Ativa menjadi salah satu SUV terlaris di pasaran tempatan sejak dilancarkan, malah jualannya pada Mei lalu telah melepasi paras 3,000 unit.
Menerusi gambar tersebar di Facebook, kedudukan sensor dilihat berada di gril depan dan radar kemungkinan diletakkan di bawah logo Daihatsu.
Ketika kemunculan Ativa pada 2021, model berkenaan disertakan bersama kelengkapan ASA 3.0, tetapan berdasarkan kamera, yang merangkumi ciri amaran pra-perlanggaran, amaran pergerakan kereta depan, kawasalan salah-operasi pedal serta AES.
Untuk rekod, ASA 3.0 berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi, sehingga 120 km/j untuk kenderaan dan sehingga 60 km/j untuk pejalan kaki.
Memandangkan banyak bahagian kenderaan dikongsi dengan model seperti Toyota Raize dan Daihatsu Rocky, adalah sangat mudah untuk melancarkan versi yang dinaik taraf.
Malah, seawal tahun 2023, terdapat berita bahawa model berkenaan akan mempunyai versi yang dinaik taraf, termasuk menerima sokongan fungsi Stop & Go.
Selain kemungkinan dilengkapi ADAS, ia juga dijangka menambah beberapa peningkatan, seperti ketersambungan Android Auto dan Apple Carplay.
Menurut funtasticko.net, Daihatsu Rocky dengan kemas kini baharu itu dijangka dilancarkan secara rasmi pada suku pertama 2024. – Automachi
- BACA: PERODUA ATIVA HYBRID 1.2. UNTUNG LA SAPA YANG DAPAT
- BACA: PERODUA ATIVA HIBRID INI DATANG DENGAN 2 TEKNOLOGI PELIK
- BACA: PERODUA PERKENAL ATIVA HYBRID. 102HP/106NM, 31.KM/L. TAK JUAL, UJI MINAT PROGRAM LANGGANAN
- BACA: PERODUA ATIVA X, CROSSOVER TERMURAH DI DUNIA KETIKA INI.