Buletin

TOYOTA MAHU HASILKAN GR COROLLA? ENJIN 3 SILINDER, 296 HP. LEBIH MURAH DARIPADA GR YARIS

Sebaik sahaja Toyota melancarkan GR Yaris, khabar angin mengenai varian hot hatch untuk model Corolla. Walaupun perincian mengenainya tidak dapat disahkan, satu laporan terkini dari Jepun memberi sedikit idea tentang kenderaan tersebut.

Buat beberapa ketika, timbul spekulasi bahawa GR Corolla akan menggunakan enjin turbo tiga silinder 1.6 liter seperti yang ada pada GR Yaris. Ia memang nampak logik dan GR Corolla akan menerima kuasa yang sama iaitu 258hp. 

Namun, laporan Car Sensor mendakwa Toyota akan menala enjin itu untuk menjana 296hp. Ini menjadikan GR Corolla mempunyai kuasa yang mampu bersaing dengan model-model seperti Honda Civic Type R, Megane R.S Trophy dan Hyundai i30 N.   

Toyota Corolla Hatchback

Laporan terdahulu juga ada menyebut Toyota akan membezakan varian teratas Corolla daripada GR Yaris dengan tidak menggunakan sistem pacuan semua roda. Sebaliknya hanya menggunakan sistem pacuan roda hadapan. Tetapi, GR Corollan akan mendapat sistem pacuan semua roda dan transmisi manual enam kelajuan. 

Untuk menjadikannya lebih menarik, Toyota akan menawarkan GR Corolla pada harga lebih murah berbanding GR Yaris. Harganya di Jepun mungkin sekitar 3.5 hingga 4 juta yen (RM133,300 hinggq RM152,000). Sedangkan GR Yaris RZ ditawarkan pada harga bermula 3.96 juta (RM150,850) seunit. 

Google ads
Back to top button