Buletin

TOYOTA COROLLA APEX EDITION. SEDAP LAYAN CORNER, TERHAD 6,000 UNIT SAHAJA

Toyota baru sahaja memperkenalkan model terbaharu untuk tahun 2021 yang dikenali sebagai Apex Edition.

Hanya 6,000 unit ditawarkan, Corolla Apex Edition menggabungkan aspek rekaan luaran dan pengendalian lebih mantap. Ditawarkan di pasaran Amerika Syarikat, jentera itu dibina di atas varian SE dan XSE.  

Toyota mendakwa Apex Edition memaksimumkan keupayaan dan potensi platform Corolla, TNGA-C.

Jentera tersebut menerima ekzos catback talaan sport dengan paip tahan karat 3.5 inci dan suspensi ditala untuk kegunaan di litar. Sistem suspensi itu menggunakan coil spring unik yang merendahkannya 0.6 inci dan memberikan maklum balas stereng lebih tepat.

Tidak cukup? Toyota memasang pula penyerap hentak talaan khas dengan gegelung rebound binaan dalam dan bar penstabil. Ia turut dipasang dengan suspensi belakang jenis multi-link.

Gabungan semua komponen tersebut membuatkan suspensi Apex Edition 47 peratus lebih keras di hadapan dan 33 peratus di belakang.

Corolla Apex Edition dijana oleh enjin Dynamic Force berkuasa 169hp pada 6,600 rpm dan tork 205Nm @ 4,800rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear Dynamic Shift CVT dan cuma 1,200 unit menggunakan manual 6-kelajuan iMT.

Corolla Apex Edition 2021 dapat dikenali menerusi bodykit hitam custom dengan kemasan tembaga, spoiler hadapan, perumah lampu kabus, skirting sisi dan  diffuser belakang. Penampilannya dimantapkan lagi dengan penggnaan rim aluminium bersaiz 18 inci

Ia hadir dalam dua warna pilhan iaitu hitam dan putih dengan bumbung hitam.

GALERI

Google ads
Back to top button