Artikel PilihanBuletin

NANTIKAN ‘LETTY’ – PRODUK SAMPINGAN THE FAST AND THE FURIOUS

Filem-filem spin-off ataupun keluaran sampingan dari filem box-office asal bukannya satu perkara baharu. Di Malaysia pun pernah dibuat contohnya filem Castello yang merupakan watak yang diambil dari filem Gerak Khas. Malah Hobbs and Shaw juga merupakan spin-off dari saga F&F. Jadi kali ini mereka akan mengeluarkan filem khas yang berkisarkan dengan kisah hidup Letty lakonan Michelle Rodriguez. Benda boleh buat duit kenapa nak berhenti kan?

Ini satu dari kelebihan pihak di sebalik tabir F&F, mereka tahu mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan. Pedulikan komen penonton yang mengatakan filem mereka semakin merapu tapi last-last semua pergi serbu panggung untuk menonton. Paling tidak pun muat turun dari aplikasi Telegram.

Sumber dalaman menyatakan yang Vin Diesel sudah mengesahkan filem ini yang semestinya akan dilakonkan oleh Rodriguez sendiri berdasarkan skrip yang akan ditulis oleh Geneva Robertson-Dworet (Captain Marvel) dan Lindsay Beer (The Kingkiller Chronicle). Fuh bukan calang-calang semuanya ni.

Plotnya belum lagi didedahkan dan begitu juga jalinan masa dengan filem F&F yang mana satu. Contohnya Tokyo Drift tu filem ketiga tapi ia sebenarnya berlaku kononnya selepas filem keempat dan kelima.

Pelakon lain pun belum lagi didedahkan lagi tapi Abang Japar dan Abang Beras memang berminat nak berlakon. Tapi itulah, surat tawaran pun tak sampai-sampai lagi.

Watak Letty ni sebenarnya tidak muncul dalam kesemua siri F&F tapi sebagai salah seorang kru asal dari filem pertama kira logik la diorang buat filem khusus untuk Letty. Meow.

Nantikan sahajalah kemunculan filem ini di pawagam berdekatan ataupun langgan je kat Astro macam biasa.

Google ads
Back to top button