Artikel Pilihan

TOYOTA COROLLA KE30 SINGAPURA UNTUK DIJUAL. URUT DADA BILA DAPAT TAHU HARGANYA

Sebut pasal Toyota Corolla, kita pasti tidak akan dapat melupakan tentang betapa lagendanya model KE30 ini. Seluruh pelusuk alam maya mengenali model yang cukup popular di era 70an / 80an ini. Malah, BK turut mempunyai kenangan peribadi apabila Abah turut pernah memiliki Toyota KE30 ini suatu ketika dahulu.

Toyota Corollo KE30 ini sebenarnya merupakan generasi ketiga mula berada di pasaran bermula tahun 1974 dan tamat pada tahun 1981. Generasi pertama Toyota Corolla (E10) ini sebenarnya bermula semenjak tahun 1966 lagi.

Dan pengenalan model global ini semenjak dari itu sedikit sebanyak mempopularkan jenama Toyota di serata dunia. Apatah lagi sementelah pengenalan Corolla KE20 dengan dimensi saiz yang lebih besar berbanding dua model terdahulu. Dan tahukah bahawa, disebabkan kepopularan Corolla ini, maka pelbagai varian turut diperkenalkan kepada pasaran meliputi sedan, coupe, hardtop coupe, liftback dan tidak lupa juga wagon. Dan disebabkan populariti model ini, maka tidak hairanlah sekiranya kilang pemasangannya juga bersepah selain daripada Tokyo sendiri seperti di Indonesia dan juga di New Zealand.

Dan model Toyota KE30 yang dilihat ini sebenarnya berada di bumi Singapura. Sebenarnya melihatkan model yang telah berusia puluhan tahun ini kondisinya ternyata masih kelihatan cantik dan senonoh. Hampir seperti ianya ketika mula mula didaftarkan ketika tahun 1977 yang lalu.

Tidak ada sebarang penambahan aksesori moden yang kelihatan merepek dan kelakar. Paling menarik kereta klasik di begini sudah tentulah penggunaan kemasan krom pada bampar, gril dan juga lining pada badan kereta. Bersinar dan berkilat. Memang pandai betul pemiliknya menjaga Corolla KE30 ini.

Bahagian dalamannya juga masih kelihatan cukup oldskool. Papan pemuka dengan gugusan meter asal dan juga stereng masih lagi tampak kemas. Lusuh sikit sikit tu biasalah. Tapi tak adalah sakit mata memandang. Cumanya kelihatan pemiliknya telah membalut semula tempat duduk yang pastinya kelihatan sangat uzur. Dan pemadanan warna kelabu sinonim dengan warna kereta ini di bahagian luar.

Sebenarnya BK macam hampir tidak percaya kereta klasik sebegini masih wujud di Singapura. Maklumlah, polisi kereta di sana tak macam tempat kita. Kereta dah macam ketam pun masih kita boleh lihat atas jalanraya. Di sana, polisi pemusnahan kereta merupakan amalan yang mulia bagi mengekang jumlah kenderaan yang sepatutnya wujud di atas jalanraya. Dan kalau berhasrat menyimpan kereta yang telah tamat tempoh hayatnya, maka bersedialah untuk membayar untuk COE yang lebih mahal.

Jikalau harga terpakai untuk model sebegini di Mudah kita, harganya barangkali masih boleh lagi nak himpun duit setakat meniaga burger tepi jalan. Itu pun kalau tak kena angkutlah kan. Tahukah model yang hanya bersesaran 1.2 liter ini ditawarkan pada harga $60,000 atau pun duit kita lebih kurang RM183,396 di sana. Bapak mahal!

Dah lah ABS, power stereng, sama Android player pun tak ada kan. Tapi sebenarnya bukan itu yang menjadi pertaruhan untuk memilikinya yang mana BK percaya ianya cukup rare di sana. Hanya Brader Berger sahaja yang mengetahui yang mana satu Kedai Acheh dan juga Kedai Kuda. Eceh!

Kredit Foto : www.sgcarmart.com

BACA : SEGALANYA TENTANG TOYOTA COROLLA ALTIS

BACA : RESEPI ORIGINAL TOYOTA COROLLA KE30

Google ads

B K

Back to top button