Buletin

TOYOTA MIRAI GENERASI KEDUA DEBUT BULAN DISEMBER NANTI

Pengeluar kenderaan Toyota bakal memperkenalkan generasi kedua model Mirai pada bulan Disember nanti.

Syarikat berpangkalan di Jepun itu turut mengadakan pertandingan di negara Matarahari Terbit dalam memberi peluang kepada 32 peserta bertuah menaiki sedan menggunakan khidmat kuasa sel bahan bakar hidrogen tersebut.

Begitupun, Toyota masih tidak mendedahkan perincian teknikal generasi kedua Mirai selain memaklumkan ia dilengkapi pacuan roda belakang.

Kereta konsep Mirai diperkenalkan pada Tokyo Motor Show 2019 dan menampilkan pembaharuan ketara dalam rekaan.

Rekaan jentera konsep dipertontonkan itu lebih panjang, rendah dan lebih berbanding model terdahulu.

Ia menyerlahkan lagi rekaan sedan empat pintu lebih konvensional dan mantap.

Bahagian kabin pula, menawarkan paparan infotainmen, cermin belakang digital dan sistem audio JBL didatangkan bersama 14 pembesar suara malah bahan digunakan menyamai kualiti Lexus.

Selain itu, Mirai generasi kedua ini perlu memiliki 30 peratus keupayaan berbanding 502 km bagi model kini.

Jika ia terlaksana, bermakna Mirai generasi kedua berupaya bergerak sehingga 653 km menggunakan tangki hidrogen.

Bagaimanapun, melalui β€˜mata’ pengguna, cabaran utama jentera terbaharu ini adalah penerimaan sel bahan bakar berikutan kekurangan infrastruktur pengisian bahan bakar hidrogen. – agensi

Google ads
Back to top button