
VW GOLF GTI CLUBSPORT 2021. 296HP, MODE PEMANDUAN LITAR NURBURGRING, TOP SPEED 250KM/J
Dengan pasaran hit hacth yang kian berkembang, Volkswagen hanya menunggu masa untuk memperkenalkan varian Mk8 Golf GTI yang lebih berkuasa.
Sekarang, terimalah Volkswagen Golf GTI Clubsport 2021. Sama seperti GTI standard, jentera itu menggunakan enjin empat selinder 2.0 liter turbo.
Namun, ketika model standard mampu menjana kuasa mencecah 242hp dan tork 370Nm, Golf GTI Clubsport pula didakwa mempunyai kuasa sehingga 296hp dan tork 400Nm.
Kenaikan kuasa itu disumbang oleh penggunaan intercooler lebih besar pengecas turbp Continental baharu dan ECU yang telah ditala semula.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar 7-kelajuan yang memacu roda hadapan. Klac berkenaan mempunyai nisbah gear lebih pendek berbanding apa yang ada pada GTI biasa.
Volkswagen memberitahu hot hatch tersebut berupaya mencatat kelajuan 100km/j dalam masa kurang 6 saat dengan pecutan maksimum 250km/j.
Golf GTI Clubsport hadir dengan kunci differential hadapan elektromekanikal VAQ bagi menggantikan sistem XDS pada GTI standard. Differential baharu ini boleh diubahsuai bergantung kepada mode pemanduan.
Naik taraf lain termasuklah peningkatan camber hadapan, cagak arm kawalan baharu di belakang, cagak roda dan konfigurasi pegas gegelung yang baru.

Sistem Kawalan Chasis Dinamik (DCC) telah dinaik taraf merangkumi 15 talaan di antara mode pemanduan Comfort dan Sport. Ini termasuklah mode yang ditala untuk litar Nurburgring Nordschleife.
Brek juga telah dinaik tarap dengan angkup dua omboh. Sistem brek ABS dan kawalan kestabilan telah ditala semula untuk menambah baik prestasi membrek.
Dari segi visual, Golf GTI Clubsport didatangkan dengan bampar hadapan bersama splitter baharu, rim bersaiz 19 inci dan dua unit spoiler belakang untuk mengelakkannya daripada terjungkit.
Hot hatch itu juga diberi grafik berwarna hitam pada skirting sisi. Manakala ruang dalaman pula hanya dipasang dengan upholsteri baharu pada tempat duduk.
Harga Golf GTI Clubsport masih belum diumumkan.
- BACA: VW GOLF GTI Mk8 – REKA BENTUK EVOLUSI, TEKNOLOGI CANGGIH
- BACA: #IKLANPILIHAN: PROTON SATRIA GTi R3 ORIGINAL!!!
- BACA: #IKLANPILIHAN: PROTON SATRIA GTi R3 ORIGINAL!!!
- BACA: VW GOLF GTI – FULLY LOADED!
GALERI