Buletin

TOYOTA COROLLA ALTIS, MENANG BERGAYA DI NURBURGRING. SIAPA KATA COROLLA TAK LAJU?

Ketika memandu uji Toyota Corolla Altis 1.8G baru-baru ini, penulis menyedari cesi baru TNGA yang digunakan memang sangat tegap. Walaupun penuling mengambil selekoh menuruni bukit dengan laju, cesi TNGA kekal stabil dan bersahaja. Macam tak ada apa-apa berlaku. Mungkin perkara ini telah lama disedari oleh Toyota Gazoo Racing Motorsport Thailand

Untuk tujuan tersebut mereka telah memilih untuk menyertai perlumbaan  Nürburgring 24H’s SP3 Class bagi menguji kemampuan sebenar Toyota Corolla dibelasah dalam litar. SP3 Class merujuk kepada kelas perlumbaan kereta produksi dengan keperluan perlumbaan dibuat secara minima dengan pemasangan kit keselamatan, suspensi perlumbaan tapi enjin asal dikekalkan.

Bagi membolehkan Toyota Corolla bersaing dengan model lain seperti BMW dan juga Ferrari, pasukan Toyota Gazoo Racing Motorsport Thailand telah membuka semua kerusi, kemasan karpet, sistem navigasi dan menggantikan dengan kusyen perlumbaan serta rollover cages. Ketegaran cesi Corolla turut diperkukuhkan dengan merendahkan ketinggian serta menambah spoiler

Enjin M20A-FKS 4 silinder dengan Normal Aspirated masih dikekalkan namun ia menerima proses naik taraf seperti sistem rongga kemasukan udara perlumbaan, sistem ekzos yang lebih baik dan juga talaan ECU yang berlainan. Dalam keadaan standard, enjin dengan sistem D4S dengan sistem pancitan bahan api berkembar (Direct Injection dan Port Fuel Injection) ini menghasilkan sekitar 176 kuasa kuda dan 210Nm tork.

Namun kami percaya yang kuasa yang dihasilkan untuk perlumbaan melebihi kuasa dalam keadaan standard. Ini membolehkan Toyota Corolla berjaya mendapat kedudukan nombor 1 dan 2 apabila perlumbaan 24 jam ini tamat.

Kereta bernombor 120 ini menghabiskan perlumbaan dalam masa 24:05:51.477 untuk 67 lap litar Nurburgring. Kereta kedua yang bernombor 119 pula menghabiskan 65 pusingan dalam masa 24:10:51.742.

Google ads
Back to top button