KERETA YANG DIKALAHKAN OLEH TOYOTA SUPRA
“Toyota Supra baru ni tak laju pun, sebab tak ada enjin 2JZ” kata peminat JDM. Mendengar bebelan tanpa makna dari peminat (bukan pembeli) Toyota memperkenalkan Toyota Supra 2020 yang dipertingkatkan keupayaan enjin. Enjin 3000cc 6 silinder ini dinaiktaraf kuasanya dari 335 kuasa kuda menjadi 382 kuasa kuda.
Kuasa ini diperoleh dengan mengubah beberapa parameter enjin seperti menggunakan rekaan piston yang baru bagi menurunkan nisbah mampatan dari 11:1 kepada 10:2. Ini membolehkan tekanan boost yang lebih kuat digunakan dari sistem turbo. Exhaust Manifold pula ditukar dari rekaan 6-2-1 kepada 6-1 untuk mengekstrak lebih tenaga kinetik bagi sistem janaan turbo.
Talaan baru ini membolehkan Toyota Supra mencatatkan masa pecutan 0-100 km/h dalam masa 3.9 saat lebih pantas dari versi yang lama. Versi baru juga menyaksikan bracket cesi pada bahagian enjin telah ditambah bagi menambah ketegaran cesi. Jika anda rasakan prestasi itu tidak cukup kuat, mari kita bandingkan prestasi Supra dengan kereta super yang lain.
1. Audi R8 4.2 Spyder – model ini dikuasakan dengan enjin 4200cc V8 tapi ia tidak menggunakan turbo. Ujian masa mendapati pecutan 0-100km/j Audi R8 Spyder mencatatkan masa sekitar 4.0 saat dimana ia 0.1 saat lebih perlahan berbanding Supra walaupun enjin ini berkuasa 414 kuasa kuda.
2. Lamborghini Murcielago LP640 – model ini memerlukan masa 4 saat untuk pecutan 0-100km/j walaupun ia dikuasakan dengan enjin 6500cc V12 yang menghasilkan 631 kuasa kuda. Ketika dilancarkan dulu, harganya mencecah USD 300,000
3. 2006 Dodge Viper SRT10 Coupe – ini merupakan sebuah model super yang berasal dari Amerika. Ia dikuasakan dengan menggunakan enjin V10 8300cc namun hanya menghasilkan 500 kuasa kuda sahaja. Pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 4 saat.
4. 2013 Aston Martin DB9 – model kegemaran James Bond dalam aksi mengejar penjenayah dan dilengkapi dengan pelbagai gajet. Model 2013 ini dipadankan dengan enjin 5900cc V12 yang menghasilkan 510 kuasa kuda dan 620Nm tork. Namun pecutan 0-100km/h dibuat dalam masa 4.1 saat.
5. 2014 Jaguar XKR-S GT – siapa tak kenal dengan Jaguar, antara nama yang gah dalam dunia perlumbaan satu ketika dulu. Model XKR-S GT ini dikuasakan dengan enjin 5000cc V8 menghasilkan 542 kuasa kuda dihasilkan khusus untuk kegunaan litar tapi pecutan 0-100km/j dibuat dalam masa 4.1 saat.
6. 2004 Ferrari 360 Challenge Stradale – merupakan Ferrari 360 Modena yang dihasilkan khusus untuk kegunaan litar perlumbaan dengan cesi yang lebih ringan dan 25 kuasa kuda lebih dari Modena biasa. Ia dikuasakan dengan enjin V8 3600cc yang menghasilkan 419 kuasa kuda dan pecutannya dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat
7. 2013 Maserati GranTurismo Sport – tidak dinafikan ia antara model yang seksi dan sedap dipandang pada mata penulis. Tapi dengan hanya berbekalkan enjin V8 4700cc ia hanya menghasilkan 454 kuasa kuda dan 520Nm tork. Pecutan yang dibuat dari 0-100km/j mengambil masa 4.6 saat.