Buletin

PELAWAK JADI ‘SUPERMAN’ NAK TAHAN BAS. KAN DAH KENA LANGGAR

Seorang pelawak berpakaian serba lengkap sebagai adiwira Superman cuba menahan bas tetapi dilanggar kenderaan itu sehingga terpelanting.

Daily Mail melaporkan, Luiz Ribeiro de Andrade, 35, dilanggar bas di Barra dos Coqueiros yang terletak dalam Majlis Perbandaran Brazil, bulan lalu.

Lelaki itu memadankan pakaian lengkap Superman berwarna merah dan biru seolah-olah ingin membuktikan dia mempunyai ‘kuasa’ luar biasa.

Bagaimanapun, tindakan bodoh lelaki berkenaan hanya mengundang padah pada dirinya.

Melalui rakaman video, dia berdiri di tengah jalan sambil memegang mikrofon ketika bas sedang meluncur ke arahnya.

Akibat perlanggaran itu, Luiz tercampak kehadapan, namun, dia masih kekal berdiri dan berkata dia adalah ‘lelaki besi’.

Menerusi satu temu bual, dia menjelaskan kemalangan itu adalah sepenuhnya disebabkan kesalahan dirinya dan tiada kaitan dengan masalah brek bas seperti didakwanya.

“Saya bertanggungjawab atas segala-galannya. Saya pergi ke syarikat bas itu supaya pemandu tidak dikenakan sebarang hukuman.

“Tiada masalah brek. Pemandu itu melakukan apa yang dia mampu dan saya sebenarnya bersalah dan bersyukur tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” jelasnya. – Daily Mail

Google ads
Back to top button