Artikel PilihanBuletinBuletin Khas

KENAPA HARGA JULAN UNIT TERPAKAI TOYOTA MAHAL DARIPADA PESAING?

Pada tahun 2015 iaitu 6 tahun yang lepas, penulis telah membeli sebuah kenderaan Toyota bagi tujuan perniagaan. Selepas ditolak dengan kos diskaun bersama dengan NCD daripada kereta lama, bayaran pendahuluan adalah sekitar RM6,000 sahaja bagi mencukupkan nilai 10 peratus.

Kenderaan tersebut digunakan untuk tujuan perniagaan sepenuhnya. Bayaran bulanannya dibayar daripada hasil perniagaan termasuklah kos penyelanggaraan, cukai jalan dan insurans. Tahun lepas, penulis telah menjual kenderaan tersebut di pusat jualan kenderaan terpakai.

Hasil jualan kenderaan tersebut ialah sekitar RM66,000. Selepas ditolak dengan nilai hutang yang masih ada di bank sebanyak RM43,000, baki bersih duit yang diberikan pada saya ialah RM23,000. Boleh tahan juga kan?

Malah sepanjang 5 tahun menggunakan kenderaan tersebut, hampir tiada langsung masalah kerosakan luar biasa di luar jangka. Semuanya lebih kepada kehausan komponen akibat dipandu di atas jalan dan sesekali masuk ke kawasan pembinaan. Penulis hanya perlu menghantar kenderaan tersebut ke pusat servis untuk diservis samaada major atau minor.

Aspek ketahanan dan kelasakan kenderaan Toyota menjadikannya amat digemari oleh penjual kenderaan terpakai, sekali gus membuatkanya bernilai tinggi di pasaran kenderaan terpakai.

Apa yang menjadikan kenderaan Toyota lasak sebenarnya bermula di kilang Toyota itu sendiri.

Salah satu konsep yang ditekankan oleh Toyota ialah Jidoka. Konsep ini menekankan satu proses pemasangan kereta mestilah dibuat secara manual terlebih dahulu sebelum proses automasi mengambil alih secara penuh.

Ia adalah satu proses yang lambat dan mengambil masa namun ia memberi peluang pada juruteknik pemasangan dan jurutera mengamalkan Genji Genbutsu ataupun Gemba.

Gemba membolehkan semua juruteknik dan jurutera memahami situasi pemasangan dengan mendalam yang memudahkan penyelesaian masalah jika ada.

Semasa proses pemasangan berlaku, operator, juruteknik dan jurutera boleh menghentikan production line sekiranya mereka mengesan sebarang kecacatan. Jika mereka berjaya mencadangkan satu teknik pembaharuan bagi mengatasi kecacatan ini, ganjaran akan diberikan.

Bagi Toyota adalah jauh lebih baik menghentikan production line berbanding dengan membiarkan kereta mereka keluar ke pasaran dengan pelbagai masalah. Jadi kenderaan Toyota yang keluar dari kilang, boleh dikatakan bebas dari sebarang masalah yang membebankan pemilik baharu.

Di Malaysia, kenderaan Toyota disokong dengan 85 pusat servis yang berada di seluruh negara termasuklah di Sabah dan Sarawak yang bertaraf 3S (Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti), di samping pusat servis 5S (Hub Baik Pulih Kemalangan). Malah, ada pusat jualan menawarkan nilai belian yang tinggi sekiranya anda ingin menukar kereta baru melalui pakej TopMark.

Dari segi servis, Toyota juga menawarkan pelbagai insentif termasuklah Toyota Service Saver. Sebagai contoh, jika anda membeli Toyota Yaris baharu, anda boleh melanggan pakej Service Saver dengan kos RM59 sahaja sebulan.

Dengan nilai ini, anda boleh menjimatkan kos servis sebanyak RM469 dalam tempoh 5 tahun sepanjang melakukan servis di Toyota.

Dengan nilai RM59 tadi, anda akan menerima dua kali servis percuma merangkumi minyak enjin semi sintetik, 8 kali servis MaxCheck bersama minyak enjin semi sintetik dan dua kali MaxCheck Advance.

Pemilik juga layak mendapat diskaun servis sebanyak 20 peratus apabila melakukan servis penyaman udara, serta servis tayar yang merangkumi penjajaran dan imbangan semula. 

Tambahan diskaun 10 peratus akan diberikan pada pembelian alat ganti tulen Toyota seperti pad brek, kasut brek, V-Belt, getah pengelap cermin depan, penyerap hentak, penapis udara kabin, fuel injector cleaner, minyak ATF untuk gear automatik serta Petrol Engine Flush Additive.

Sekiranya anda sudah membeli kenderaan Toyota dan ingin membeli pakej Toyota Service Saver ini pun tiada masalah.

Pemilik Vios, Yaris, Corolla dan Hilux yang membeli kenderaan sebelum pakej ini ditawarkan boleh melanggan servis berkenaan selama 2 tahun dengan penjimatan maksimum mencecah RM520 bagi model Hilux.

Bagi pemilik baru, pakej Toyota Service Saver ditawarkan pada semua pemilik baharu Vios, Yaris, Corolla, Camry, Hilux, Avanza dan Rush. Tidak ketinggalan, model SUV terbaharu iaitu Toyota Corolla Cross. Pakej ini boleh ditebus di mana-mana pusat servis Toyota di seluruh negara.

Secara tidak langsung, kos servis kenderaan anda selama 5 tahun atau 100,000km dapat dianggar dan dikecilkan sehingga menjadi RM59 sebulan bagi model Vios, Yaris dan Corolla. Jadi pemilik tidak perlu lagi risau tentang kos servis kenderaan mereka.

Tambahan pula sepanjang 5 tahun kenderaan ini diservis di pusat servis Toyota, ia akan menggunakan semua pelincir dan alat ganti tulen daripada Toyota. Jadi, kualiti kenderaan Toyota anda kekal bagus walaupun selepas 5 tahun digunakan dan diservis secara berkala di pusat servis Toyota.

Katakanlah Toyota mengeluarkan model baru selepas 5 tahun dengan pelbagai ciri keselamatan terbaru yang menarik, anda boleh membuat trade-in kenderaan Toyota anda dengan Top Mark atau mana-mana agensi kenderaan terpakai.

Tunjukkan sahaja semua rekod servis kenderaan dan sudah pasti nilai jualan balik kenderaan anda sangat lumayan.

Google ads
Back to top button