Buletin

MODAL CONVERT ATIVA JADI RAIZE CUMA RM9K. BODKYKIT ORI TOYOTA DAN SIAP CAT SEKALI!

Pelancaran SUV kompak Ativa oleh Perodua sememangnya amat dinanti oleh pengguna di Malaysia. Apatah lagi jentera itu mempunyai kembar yang cukup bergaya iaitu Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. 

Ditawarkan di Jepun dan Indonesia, kedua-dua model tersebut mendapat sambutan hangat daripada para peminatnya. 

Seperti yang dijangka, ramai pembeli Ativa sudah tidak sabar untuk menukar atau convert SUV mereka menjadi Raize. Berita baik untuk anda kerana usaha itu kini lebih mudah, terima kasih kepada GP Division Auto. 

Apa yang lebih menarik, alat ganti untuk conversion itu bukanlah komponen terpakai daripada halfcut, tetapi ia merupakan  kit baharu dan original daripada Toyota. 

Memetik laporan Paultan BM, kit tersebut boleh anda beli pada harga RM9,000 sahaja. Kit tersebut terdiri daripada bampar depan belakang, emblem Toyota dan Raize, lampu nyalaan siang (DRL) LED serta lampu kabus LED untuk kedua-dua bampar. 

Jangan gelabah dulu kerana harga itu termasuk pemasangan dan cat. Lebih memudahkan kerja, tiada ubahsuai perlu dibuat kerana kit berkenaan bersifat plug and play sahaja. Cuma mudguard belakang memerlukan bracket asli daripada Toyota. 

Lagi pun, Ativa dilengkapi sistem elektronik dan mekanikal yag setara dengan kecanggihannya dengan Raize dan Rocky. Sedia maklum bahawa Ativa menggunakan khidmat enjin turbo tiga silinder bersesaran 1.0 liter yang mampu menjana kuasa 98PS dan tork 140Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear automatik D-CVT. 

Ativa dilihat sebagai sebuah SUV kompak paling berbaloi yang ada di pasaran sekarang kerana ia dilengkapi pelbagai ciri termaju seperti Adaptive Drving Beam, sistem keselamatan ASA 3.0, lampu isyarat membelok sequential, instrumen digital bersaiz tujuh inci dan banyak lagi. 

Kalau berminat, anda sudah boleh membuat pra-tempahan kerana stok baharu akan tiba tidak lama lagi. Kedai GP Division Auto terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Maklumat lanjut, pergi sahaja ke laman Facebook rasmi mereka. Foto: FB GP Division Auto

GALERI

Google ads
Back to top button