
GUNA TRAKTOR PECAH KEDAI, CURI 2 MOTOSIKAL
Polis Australia memberkas seorang lelaki berusia 41 tahun yang didakwa menggunakan traktor curi memecah kedai motosikal dan merembat dua buah motosikal.
Dalam rakaman video insiden terbabit, traktor itu digunakan untuk memecah tingkap kaca bahagian hadapan kedai.
Suspek kemudian mengangkut dua motosikal dengan mengikat pada traktor tersebut.
Pihak berkuasa berjaya menjejak lelaki berkenaan ketika sedang mengangkut motosikal memasuki trak yang diparkir di sisi jalan berdekatan lokasi kejadian.
Lelaki itu melarikan diri bersama traktor sehingga motosikal terjatuh apabila drama kejar-mengejar dengan pihak polis di kawasan kejiranan dan laluan kereta api.
Menurut Polis Queensland, tiada kecederaan dilaporkan berikutan aksi terbabit berlaku pada lewat malam tetapi suspek mengakibatkan beberapa kerosakan pada pagar serta kereta api.
Pihak polis berjaya menjejaki suspek dengan menggunakan skuad unit anjing selepas dia melarikan diri dan akan dihadapkan ke mahkamah. – carscoops
- BACA: REZEKI TAK PERNAH SALAH ALAMAT. KONTRAKTOR SILAP RUMAH, BIKIN JALAN MASUK SECARA PERCUMA
- BACA: KHARKOVCHANKA, KENDERAAN KHAS UNTUK JELAJAH ANTARTIKA
- BACA: INSIDEN JENGKAUT REMPUH FORD RANGER, 3 INDIVIDU DITAHAN POLIS
- BACA: BINA PELAMIN DEPAN JALAN UTAMA. JENGKAUT, LORI KAMBING DAN AMBULANS PUN LALU MACAM BIASA



