
Triumph menerima pujian apabila memperkenalkan jentera satu silinder 400cc menerusi Speed 400 dan Scrambler 400 X sekaligus menandakan langkah sulung dalam pasaran motosikal mampu bilik.
Malaysia juga antara yang menerima Triumph Speed 400 dan Scrambler 400 X dengan masing-masing dijual pada harga RM26,900 dan RM29,900.
Bagaimanapun, Triumph tak bercadang untuk berhenti disitu apabila disahkan bakal memperkenalkan Thruxton 400 untuk pasaran global berdasarkan beberapa ‘spy shot’ yang tular baru-baru ini.

Berdasarkan beberapa foto yang dikongsikan jelas menampakkan Triumph dengan reka bentuk hampir sama dengan Speed 400 namun dibezakan dengan kehadiran fairing depan yang mengelilingi lampu utama.
Apa yang pasti, model ini kekal dipacu enjin satu silinder 398cc dengan penyejukan cecair yanng menawarkan 39.5hp pada 8,000rpm.

Turut kelihatan komponen sama dipinjamkan daripada Speed 400 termasuk casis ‘tubular steel’ dan fork ‘big piston’ 43mm dengan jarak pergerakkan 140mm.
Turut dikekalkan adalah rim 17-inci namun dipadankan bersama tayar Pirelli Rosso berbanding Metzeler Sportec pada Speed 400. ‘Handlebar’ juga digantikan dengan jenis ‘clip-on’ bagi melengkapkan imej mini-Thruxton selain daripada penggunaan lampu bulat.

TIdak lupa juga, pakej brek merangkumi kaliper brek tunggal di depan dan belakang lengkap dengan ABS.
Menurut laporan antarabangsa, Triumph hampir pasti melancarkan Thruxton 400 ini tidak lama lagi.



