Motosikal

INI RUPA BAHARU YAMAHA MT-15 2027 

Yamaha dengan rasminya memperkenalkan Yamaha MT-125 generasi terbaru untuk pasaran global yang telah menerima beberapa peningkatan termasuk rupa baharu. 

Memandangkan Yamaha MT-15 yang dijual di Malaysia adalah berasaskan MT-125 namun dengan enjin 155cc ini bermakna secara tak langsung anda sedang menyaksikan MT-15 baharu. 

Bagi pasaran Eropah, MT-125 kekal dikuasakan enjin 125cc dengan VVA yang sama. Ini bermakna, MT-15 baharu nanti akan turut mengekalkan enjin 155cc dengan VVA yang sama. 

Bagaimanapun, perbezaan utama antara model terdahulu adalah pada bahagian muka hadapan dan tangki.  Kedudukan lampu projektor yang sebelum ini ditempatkan di bawah lampu utama telah berpindah ke bahagian atas. 

Reka bentuk tangki juga berbeza dengan corong kiri dan kanan yang sebelum ini berpisah dengan tangki kini disatukan. Sementara itu, penutup radiator di bahagian kiri dan kanan kini menampilkan panel berwarna biru sekaligus membentuk rupa yang lebih menonjol. 

Dalam pada itu, MT-125 ini juga didatangkan dengan meter TFT 5-inci berwarna yang menawarkan fungsi navigasi turn-by-turn.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • ABS
  • traction control
  • klac assist dan slipper
  • lampu LED
  • fork USD 41mm 

GALERI: YAMAHA MT-125 2027

Google ads
Back to top button