
TUNED BY QBEE KINI PENGEDAR RASMI HJC HELMETS DI MALAYSIA
Jenama helmet motosikal terkemuka dunia, HJC Helmets telah melantik Tuned By Qbee selaku pengedar rasmi helmet HJC di Malaysia mengambil alih dari NKS Distributors (KL) Sdn Bhd.

Perubahan strategik itu menandakan babak baharu bukan sahaja bagi Tuned By Qbee malah HJC Helmets dalam memperkukuhkan jenama itu disini.
Pengumuman terbaru itu menyaksikan Tuned By Qbee memperkembang portfolio helmet motosikal yang ketika ini telah pun membariskan Bell Helmets, MT Helmets, Simpson, Scorpion, MT, NHK dan Axxis.

Ketika pelancaran rasmi pada minggu MotoGP Malaysia, Tuned By Qbee turut memperkenalkan produk HJC terbaru menerusi RPHA 31, RPHA 60, RPHA 72, F 31, i80 dan F-100 Carbon. Kesemua model sudah boleh didapati disemua rangkaian HJC seluruh negara.

“Kami berbesar hati dapat membawakan HJC Helmets dalam keluarga kami,” jelas Pengaras Tuned By Qbee, Manfred Ng.








